[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

“Pelancong turut diingatkan untuk memastikan dokumen perjalanan mereka sah dan lengkap bagi mengelakkan sebarang kesulitan di sempadan

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Sejak awal pagi tadi 14 September 2024, aliran trafik di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan ICQS Kota Putra dekat Kuala Nerang menyaksikan kenderaan beratur panjang.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata jumlah kenderaan yang hendak memasuki Thailand menerusi ICQS Bukit Kayu Hitam meningkat mendadak sejak Khamis lepas dan sejumlah 30,754 pengembara telah keluar dan masuk melalui pintu masuk itu setakat ini.

“Pengembara Malaysia menjadikan Hatyai sebagai destinasi popular, terkenal sebagai syurga makanan dengan hidangan yang murah dan lazat. Populariti Hatyai dalam kalangan pelancong Malaysia telah menyumbang kepada lonjakan pelawat sepanjang musim cuti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi menangani keadaan itu, JIM Kedah telah mengambil langkah segera dengan menambah bilangan kaunter pemeriksaan ICQS Bukit Kayu Hitam serta satu lagi pintu sempadan iaitu ICQS Kota Putra dekat Kuala Nerang.

Mohd Ridzzuan berkata langkah berkenaan bertujuan mempercepatkan proses pemeriksaan dokumen perjalanan pelancong serta memperbaiki aliran trafik di kawasan sempadan.

“Di samping itu, penguatkuasaan trafik dipertingkat di jalan-jalan utama menuju ke sempadan bagi mengurangkan kesesakan dan memastikan pergerakan lancar,” katanya.

JIM Kedah menasihati semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan arahan pihak berkuasa serta memberikan kerjasama penuh kepada pegawai bertugas serta menggalakkan orang ramai merancang perjalanan mereka lebih awal, tambah beliau.

“Orang ramai juga dinasihatkan memantau perkembangan trafik melalui saluran rasmi dan memilih waktu yang sesuai bagi mengurangkan risiko terperangkap dalam kesesakan trafik yang lebih teruk.

“Pelancong turut diingatkan untuk memastikan dokumen perjalanan mereka sah dan lengkap bagi mengelakkan sebarang kesulitan di sempadan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Imigresen ICQS Kota Putra Shafarina Othman berkata jumlah pelancong yang melalui pintu sempadan itu meningkat hampir 40 peratus berbanding hari-hari biasa.

Pada hari biasa, sekitar 400 hingga 600 pelawat menggunakan ICQS Kota Putra memasuki Thailand, tetapi semalam sahaja, jumlah itu melonjak kepada 1,868 orang, kata beliau.

BACA juga:

Lelaki Cuba Letupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang Ditahan

🎦 ICQS Rantau Panjang sesak kerana ‘fenomena Hatyai’

Pulut mangga Thailand dinamakan pencuci mulut keempat terbaik di dunia

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN