[VIDEO] Serbuan Di Gudang Pembungkusan Barang E-dagang, 37 Warga Asing Ditahan

Jafri berkata sejak Jan lepas hingga kini, sebanyak 31,196 pendatang asing tanpa izin ditangkap manakala 1,018 majikan telah ditahan berhubung kesalahan tersebut.

SHAH ALAM — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu dua gudang pembungkusan dan penghantaran barang jualan e-dagang di Jalan Kebun di sini yang dipercayai melindungi serta menggaji pekerja warga asing tanpa izin.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Jafri Embok Taha berkata 37 pendatang tanpa izin termasuk wanita ditahan daripada 87 individu yang diperiksa dalam serbuan yang bermula 12 tengah hari 3 September 2024.

“Mereka yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Sri Lanka dan Nepal yang dipercayai melakukan kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan salah guna pas perjalanan.

“Pada masa sama, JIM turut mengesan kesalahan majikan menggajikan serta melindungi pekerja warga asing tanpa izin dan mereka akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini hari ini.

Dalam hal itu, Jafri memberi peringatan kepada majikan supaya tidak menggajikan pendatang tanpa izin dan JIM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

Beliau juga mengingatkan majikan agar tidak melantik mana-mana ejen dalam usaha mendapatkan permit dan dokumen pekerja asing sebaliknya datang terus ke pejabat JIM bagi urusan tersebut.

“Majikan dinasihatkan berurusan terus dengan JIM kerana kita tidak melantik atau berurusan dengan mana-mana ejen (bagi pengambilan pekerja warga asing),” katanya.

Terdahulu, dalam serbuan ke atas premis tersebut menyaksikan beberapa pekerja warga asing cuba melarikan diri dan bersembunyi di celah-celah susunan kotak dalam gudang itu serta dalam tandas.

Bagaimanapun, usaha itu berjaya digagalkan hasil kepungan dan pemeriksaan ketat JIM di kedua-dua premis.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â