[VIDEO] Penjawat awam direman tujuh hari bagi bantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartin

Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam 15 Julai 2024.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor, pagi tadi 16 Julai 2024, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semalam dilaporkan berkata mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan kira-kira 6 petang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Menurut Hussein susulan itu pihaknya telah menahan teman lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.

BACA juga:

[VIDEO] Kemalangan maut libatkan pelajar wanita UPSI

Lelaki ditahan kerana mencuri seluar dan baju dalam penuntut perempuan UPSI

Pelajar Perempuan UPSI Mati Jatuh Bangunan

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

[VIDEO] Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air

Hujan lebat sejak dalam tempoh beberapa jam menyebabkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 mengalami...
Olexs
Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi...
Olexs

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan...

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน