[VIDEO] Ahmad Zahid tiba di Shanghai meneruskan lawatan rasmi di China

"Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disambut Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Syed Farizal Aminy Syed Mohamad sebaik tiba di hotel penginapan sempena lawatan rasminya ke China yang bermula Rabu lepas hingga 1 Jun ini.

SHANGHAI — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.

Ketibaan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di hotel penginapan pada 12.40 tengah hari (waktu tempatan), diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta disambut Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Syed Farizal Aminy Syed Mohamad.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ahmad Zahid ke China sejak beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022 dan lawatan itu atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.

Ahmad Zahid tiba di Shanghai selepas memulakan lawatannya di Hong Kong pada Rabu, dengan mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu, diikuti lawatan ke ibu pejabat Huawei di Shenzhen, semalam.

Di Shanghai, beliau dijadual menyaksikan majlis menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan China dalam bidang teknologi tinggi dan pendidikan, serta berinteraksi dengan komuniti Malaysia di China.

Beliau dijadual berlepas ke Beijing pada Selasa ini, mengakhiri lawatan rasminya di China dengan dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Li Qiang, selain mengadakan perbincangan dengan Xuexiang dan Penasihat Negara serta Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong, ketika lawatan beliau di sana.

Ahmad Zahid juga akan menjadi tuan rumah bagi Majlis Resepsi Gala dan menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-China, yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing (CPAFFC) Persatuan Rakyat China dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Lawatan rasmi beliau itu turut disertai Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Sebelum ini, menurut kenyataan Wisma Putra lawatan rasmi Ahmad Zahid adalah untuk memperkukuh hubungan dua hala, dengan beliau dijangka meneroka peluang kerjasama terutamanya dalam bidang pendidikan, memfokuskan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan industri halal serta pertukaran antara rakyat.

Malaysia dan China mula menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974 dan ini merupakan lawatan pertukaran pemimpin tertinggi kedua-dua negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Pada 2023, jumlah dagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (US$98.80 bilion), menyumbang 17.1 peratus daripada jumlah dagangan global Malaysia dan semasa tahun yang sama, sejumlah 64 projek perkilangan telah diluluskan dengan pelaburan berjumlah RM12 bilion (US$2.6 bilion).

China menduduki tempat kelima sebagai pelabur terbesar dan projek-projek tersebut dijangka mewujudkan 9,305 pekerjaan.

BACA juga:

Hong Kong bakal buka pejabat perdagangan dan ekonomi di Malaysia – Ahmad Zahid

Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu – Ahmad Zahid

🎦 Ops Ihsan soladiriti Malaysia terhadap Palestin – Ahmad Zahid

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â