[VIDEO] Bas persiaran terbabas, 42 penumpang terselamat

“Akibat nahas itu, seramai 39 mangsa iaitu penumpang bas berumur antara sembilan tahun hingga 80 tahun dihantar ke Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) dan Klinik Greentown untuk rawatan lanjut

IPOH: Seramai 41 penumpang dan seorang pemandu berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik selepas bergesel dengan sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 264.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini pagi ini 12 Mei 2024.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 7.28 pagi.

“Semua mangsa termasuk pemandu kereta selamat dan difahamkan bas dinaiki warga emas itu dalam perjalanan dari Kupang, Kedah menuju ke Ipoh bagi menghadiri majlis keagamaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikerahkan bagi membantu pegawai kesihatan memberi rawatan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta dipandu lelaki warga tempatan berumur 44 tahun dalam perjalanan dari Kulim, Kedah menghala ke Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bas yang berada di lorong kiri.

“Kereta melanggar bahagian sisi kanan belakang bas dan kemudian berpusing 360 darjah serta sekali lagi melanggar bahagian hadapan kanan bas mengakibatkan bas hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di bahu kiri jalan.

“Akibat nahas itu, seramai 39 mangsa iaitu penumpang bas berumur antara sembilan tahun hingga 80 tahun dihantar ke Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) dan Klinik Greentown untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata seramai 21 mangsa mengalami kecederaan parah dan ringan kini dirawat di HRPB, manakala 20 lagi termasuk kedua-dua pemandu kereta dan bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN