Pertuduhan terhadap Muhyiddin jelas, tidak samar-samar – Mahkamah Rayuan

"Kesemua empat unsur untuk kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia dinyatakan dalam pertuduhan.

Empat pertuduhan salah guna kuasa berhubung projek Jana Wibawa yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah jelas dan tidak samar-samar, kata Mahkamah Rayuan dalam alasan bertulisnya yang dikeluarkan minggu lepas.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata pertuduhan telah menyenaraikan semua butir-butir yang diperlukan bagi membuktikan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Pada pendapat kami, butir-butir yang terkandung di dalam setiap satu dari empat pertuduhan tersebut adalah mencukupi untuk memberi notis kepada Muhyiddin mengenai perkara yang dia didakwa,” katanya dalam alasan keputusannya sebanyak 32 muka surat bertarikh 16 April tahun ini yang disiarkan di laman web Badan Kehakiman.

Beliau berkata Muhyiddin tidak tertipu dengan apa cara sekalipun hanya kerana kekurangan butiran.

Hakim Hadhariah berkata, oleh itu tidak ada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan itu dilakukan.

Pada 28 Feb, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Hadhariah membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan semula pertuduhan yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Dua lagi hakim ialah Datuk Azmi Ariffin dan Datuk S.M.Komathy Suppiah.

Dalam alasan keputusannya, Hakim Hadhariah berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila beliau berpegang bahawa pertuduhan itu sebagai tidak jelas dan Muhyiddin telah diperdayakan.

Beliau berkata kesemua empat unsur untuk kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia dinyatakan dalam pertuduhan.

Hakim Hadhariah berkata Muhyiddin didakwa atas kapasitinya sebagai perdana menteri dan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) justeru itu memenuhi unsur pertama kesalahan bahawa dia adalah “pegawai awam”.

Hakim Hadhariah berkata, unsur kedua kesalahan itu telah dinyatakan kerana pertuduhan juga mendakwa bahawa Muhyiddin telah menggunakan kedudukannya.

Bagi unsur ketiga dan keempat kesalahan itu, beliau berkata, pertuduhan yang dikenakan terhadap Muhyiddin telah menyatakan perkataan suapan dan suapan itu adalah untuk sekutunya iaitu PPBM.

Muhyiddin, 76, sebagai Perdana Menteri dan presiden PPBM ketika itu telah didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd dan Datuk Azman Yusoff untuk pihak berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin turut menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun Bank CIMB Bersatu.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bank CIMB Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 dan antara 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan kebenaran menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 Feb untuk mengembalikan semula pertuduhan akan didengar oleh panel lima hakim Mahkamah Rayuan pada 9 Julai.

VIDEO berkaitan:

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN