Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB – Mugilaan

"Pemilihan Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan juga akan memberi kelebihan kepada pengundi di kawasan itu - Mugilaan

HULU SELANGOR — Masyarakat India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) disaran tidak mengikut emosi serta terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu supaya memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan V. Mugilaan berkata komuniti itu perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk kawasan berkenaan, tanpa meminggirkan mana-mana kelompok.

Beliau berkata pemilihan Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan juga akan memberi kelebihan kepada pengundi di kawasan itu dalam pelbagai aspek termasuk pembangunan.

“Boikot bukan jalan penyelesaian kepada apa-apa isu pun, kita kena bijak dan jangan kerana emosi kita rugikan benda yang penting dan banyak memberi manfaat kepada masyarakat India. ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) terdahulu (mendiang Lee Kee Hiong) telah melakukan kerja yang cukup baik, orang sini kenal dan tahu apa sumbangan beliau.

“Jadi (masyarakat India) perlu keluar pada hari mengundi nanti, dan menyokong calon Kerajaan Perpaduan serta menjadikan ia satu signal bahawa kita membantu kerajaan dengan harapan kerajaan akan terus komited menangani segala isu melibatkan masyarakat India di kawasan DUN ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anak kelahiran Kerling itu berkata Pang, 31, perlu diberi peluang untuk menabur bakti di KKB serta membuktikan kemampuannya.

“Dia muda dan mempunyai pendidikan yang bagus. Kita hormati kelulusannya kerana untuk jadi pemimpin yang baik, latar belakang pendidikan itu penting.

“Dia juga boleh bergaul dengan semua kaum dengan baik selain ada pengalaman kerja dengan beberapa menteri dan pimpinan utama, dan itu akan bawa manfaat kepada penduduk di KKB,” katanya.

Kerling adalah antara kawasan yang berada di bawah DUN KKB.

Sementara itu Mugilaan berkata isu yang membelenggu masyarakat India di KKB seperti ketiadaan dewan serbaguna bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan serta keadaan jalan raya yang teruk di Batu Dua hingga Lembah Beringin di Kerling adalah antara isu yang memerlukan perhatian segera kerajaan.

“Dulu saya perjuangkan untuk mewujudkan Pusat Krematorium dan ia telah pun menjadi kenyataan. Krematorium ini telah memberi manfaat kepada masyarakat India di sini kerana mereka tidak perlu lagi melakukan ‘cremate’ di Cheras misalnya yang agak jauh.

“Jadi dengan adanya dewan serbaguna itu nanti, masyarakat India di sini dapat menjalankan pelbagai aktiviti,” kata Mugilaan yang merupakan pengundi DUN berkenaan.

PRK KKB yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser, menyaksikan Pang ditentang oleh Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) serta Nyau Ke Xin (Bebas).

VIDEO berkaitan:

BACA juga:

[VIDEO] PRK KKB: Calon PH, Pang Sock Tao ziarah keluarga mangsa lemas Batang Kali

[VIDEO] PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi – Azalina

PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan – Zambry

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023