PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan – Zambry

Dr Zambry Abd Kadir bertanggungjawab mengetuai gerak kerja jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim

HULU SELANGOR — Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia bukanlah pertama kali dilakukan gabungan itu malah BN dan PH pernah bersama-sama dalam beberapa siri PRK sebelum ini antaranya Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor, DUN Pelangai, Pahang, Parlimen Kemaman, Terengganu, dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.

“Ia tidak seharusnya menjadi gangguan kerana ini bukan kali pertama kita adakan PRK yang melibatkan kerajaan PH dan BN. Kita telah pun mengadakan PRK sebelum ini (contohnya seperti) di Pulai yang menggunakan nama Kerajaan Perpaduan.

“Seperti kita tahu walaupun calon itu daripada Parti Amanah (pada PRK Pulai) tetapi dia adalah parti daripada Kerajaan Perpaduan secara keseluruhannya. Sebab itu kesemua parti terlibat secara langsung untuk memastikan kemenangan calon daripada Kerajaan Perpaduan,” katanya ditemui selepas menghadiri program Suara Anak MADANI di sini malam tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi itu yang bertanggungjawab mengetuai gerak kerja jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim bagi menghadapi PRK KKB berkata setakat ini perjalanan kempen calon berada pada tahap yang baik.

Sementara itu, Sim yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan berkata pemilihan Pang, 31, sebagai calon mencerminkan kesungguhan parti dalam mengetengahkan bakat muda.

“Pang merupakan seorang wanita, dan penyandang sebelum ini mendiang Lee Kee Hiong ialah wanita. Jadi calon yang kita nak ketengahkan ini adalah seorang wanita yang berwibawa untuk meneruskan legasi mendiang.

“Kita juga ingin melihat di masa hadapan generasi muda sebagai penyambung obor dan sebagai generasi pelapis…kita nak lihat kesinambungan legasi itu,” katanya yang turut hadir di program berkenaan.

Pada PRK berkenaan, Pang ditentang oleh tiga pencabarnya iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Â