Undang-undang berkaitan goda isteri orang dimansuhkan

Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata, panel hakim berpendapat bahawa seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Seksyen 498 hanya memberi hak kepada suami untuk bergantung kepada peruntukan itu dengan mengenepikan semua hak isteri. Oleh itu ini adalah diskriminasi atas alasan jantina sahaja.

“Hakikat bahawa inilah isu sebenarnya, diterangkan dengan jelas oleh Seksyen 132 Kanun Acara Jenayah, yang menyatakan bahawa ‘Tiada mahkamah boleh melihat ada kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan, kecuali atas aduan yang dibuat oleh suami kepada perempuan itu,” kata Tengku Maimun.

Hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Panel itu membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan untuk merujuk persoalan undang-undang berkenaan kepada Mahkamah Persekutuan, sama ada Seksyen 498 adalah tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina.

Tengku Maimun juga berkata, panel itu berpendapat bahawa Seksyen 498 adalah undang-undang sebelum Merdeka atau undang-undang “sedia ada” dalam pengertian Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan dan tidak berupaya untuk pindaan kehakiman di bawah Perkara 162(7) Perlembagaan Persekutuan kerana jika berbuat demikian, ia akan memerlukan pindaan yang meluas, sehingga mengubah ciri-ciri kesalahan itu.

Hakim Tengku Maimun seterusnya berkata, kedua-dua pihak sama ada menerima, atau tidak menafikan, bahawa tujuan utama seksyen itu adalah untuk melihat wanita sebagai harta benda kepada suami mereka, sehinggakan perbuatan memikat mereka dianggap sebagai satu kesalahan.

“Oleh itu, kami berpuas hati bahawa satu-satunya cara yang mungkin untuk membawa Seksyen 498 selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah dengan memansuhkannya secara kehakiman dengan menyeluruh, dan itu yang kami lakukan sekarang.

“Penghakiman kami di sini hendaklah diambil berkuat kuasa secara prospektif. Pengisytiharan ini secara prospektif bertujuan mengekalkan semua pendakwaan terdahulu yang telah pun berlaku.

“Kami dengan ini menyerahkan kes ini kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat pengisytiharan dan perintah yang sewajarnya bagi melaksanakan penghakiman ini,” katanya.

Ahli perniagaan berusia 53 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2020 kerana memikat wanita yang sudah berkahwin di sebuah pangsapuri di Selangor pada 2018 selepas laporan polis dibuat oleh suami wanita berkenaan.

Mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, lelaki itu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac lalu telah membenarkan permohonan lelaki itu merujuk kepada persoalan undang-undang itu kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan oleh mahkamah.

Pada prosiding hari ini, lelaki itu diwakili peguam Jayarubbiny Jayaraj, Jay Moi Wei Jiun dan Puteri Batrisyia Abdul Latif, manakala Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang di pihak pendakwaan. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor , Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Hulu Selangor.

BACA juga:
🎦 Pemuda rugi RM30,000 jadi mangsa penipuan kahwin palsu didalangi ayah isteri orang
Mahkamah tidak akan bantu sembunyi hubungan luar nikah, kata hakim

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN