Tak tahu, Shuhada malas peduli pernikahan Hafidz, Athira

“Saya tak tahu, malas nak peduli”.

Demikian respons bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengulas mengenai rancangan pernikahan bekas suaminya dengan wanita yang pernah dilaporkan punca kehancuran kehancuran hubungan mereka sebelum ini.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengakui terkejut dan tidak menyedari kisah penularan kad jemputan yang menyebut 16 Disember ini sebagai tarikh penyatuan Hafidz dan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

“Saya memang tidak tahu mengenai itu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah.

“Saya lebih sibuk dengan kehidupan sendiri dan menguruskan anak-anak.

“Apa pun saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan kini. Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi.

Shuhada atau lebih mesra dipanggil Shu turut mengakui sudah lama tidak mengetahui sebarang perkembangan terbaharu bekas suaminya itu.

Terdahulu, pelakon drama Ku Punya Hati itu heboh diperkatakan akan zaman duda dengan Athira, wanita yang disebut-sebut sebagai orang ketiga dalam hubungannya selain Shuhada.

Melalui proses perceraian yang memancing perhatian ramai, akhirnya rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang dibina sejak 30 April 2016 menemui noktah apabila disahkan bercerai talak satu pada 26 Julai lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. – SETERUSNYA

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

Wings bakal adakan konsert, sasar lebih 7,000 penonton

Wings bakal adakan konsert, sasar lebih 7,000 penonton

Kumpulan rock legenda, Wings bakal mengadakan Konsert Wings The Rock Emperor- Kuala Lumpur Chapter pada 16 Disember...
Nur Nilam Sari

“Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan –...

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok yang memaparkan luahan rasa Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian...
Nur Nilam Sari
Instafamous Nadira Isaac yang terpalit kontroversi memuat naik gambar seksinya bersama Pencetus Ummah (PU) Amin memohon maaf...
Nur Nilam Sari