🎦 Buaya muncul di jeti Puteri Harbour

ISKANDAR PUTERI – Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter di Puteri Harbour, di sini menggemparkan pengunjung di kawasan jeti berkenaan hingga ia menimbulkan kebimbangan ramai di kawasan tumpuan pelancong itu.

Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Maryam berkata, reptilia berkenaan dilihat berlegar-legar berhampiran bot diletakkan di kawasan jeti tersebut.

Katanya, kehadiran buaya itu amat mengejutkan pengunjung sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada kawasan beriadah itu selamat dikunjungi khususnya pada hujung minggu.

Kelmarin, tular video  menunjukkan kemunculan reptilia itu menimbulkan kebimbangan ramai.

Terdapat pengunjung yang menyatakan bahawa pekerja di kawasan berkenaan mendakwa pernah menemukan dua ekor buaya di kawasan itu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kemunculan binatang reptilia berkenaan dan kini sedang menjalankan pemantauan di kawasan terlibat. – SETERUSNYA

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

[VIDEO] Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air

Hujan lebat sejak dalam tempoh beberapa jam menyebabkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 mengalami...
Olexs
Tiga wilayah di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน
Thailand: Hujan yang berterusan telah melanda daerah ini secara berterusan, tanpa ada tanda-tanda akan reda. Keadaan menjadi...
Nuraseekeen นูรอาซีกีน