🎦 Pengantin lelaki, wanita dirasuk semasa majlis perkahwinan

Video itu mendapat tiga juta tontonan bersama 117 tanda suka dan ratusan komen di laman TikTok.

JAKARTA – Seorang pengantin wanita tiba-tiba menari sambil disaksikan oleh suaminya ketika mereka menunggu untuk bergerak ke pelamin dalam majlis perkahwinan di Barabai, Kalimantan Selatan, lapor portal berita Tribun Trends semalam.

Ketika menari, pengantin wanita itu ketawa dan bercakap dengan suara tidak jelas sehingga menyebabkan tetamu majlis tersebut kebingungan. Ada antara mereka yang cuba untuk menenangkan mangsa tetapi tidak berjaya.

Kejadian itu turut dirakam  dan disiarkan  di laman TikTok menerusi akaun @veranadia.anggi.

Tidak lama kemudian, pasangannya turut dirasuk dan menari tetapi seorang wanita separuh usia  bertindak menepuk-nepuk punggung lelaki tersebut.

Dia kemudian  duduk di atas lantai dan dengan nada marah,  meminta bunga kembang tujuh rupa.

Permintaan pengantin lelaki itu kemudian dipenuhi dan rasukan itu berakhir selepas kepala  pengantin lelaki dan perempuan  bersentuhan. kedua-dua mereka kemudian sedarkan diri.

Video itu mendapat tiga juta tontonan bersama 117 tanda suka dan ratusan komen di laman TikTok. – AGENSI

@pakdin.my Pengantin lelaki, wanita dirasuk semasa majlis perkahwinan #Rasuk #Pakdinmy ♬ original sound – pakdin.my

Terkini

TEKNOLOGI

Dating dalam talian akan berubah secara radikal

Nur Nilam Sari
DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada polis Malaysia ditemui

KESIHATAN

Diet lemak dan proten sudah diamalkan beribu-ribu tahun sebelum

KESIHATAN

Mengawal diabetes jenis 2

AGAMA

Adakah Fitrah ialah agama Islam itu sendiri?

Fokus

[VIDEO] Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik...

Kecekapan dan kemahiran kapten penerbangan Malaysia Airlines tidak boleh disangkal lagi apabila kemahiran salah seorang daripada mereka...
Olexs
🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung  selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah

🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung...

`Selamba dan ‘sempoi’, demikian pandangan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila...
Olexs
🎦 Parking lagi ikut suka, kan dah kena angkut!

🎦 Parking lagi ikut suka, kan dah kena angkut!

MURAKHIR ini, ramai sungguh pemandu yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang...
Olexs