🎦 PRK Kemaman: Calon BN mahu rampas semula kerusi

KEMAMAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan PRK ini sebagai medan perang untuk beliau merampas kembali kubu kuat BN itu.

Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata, beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk mengatur strategi terbaik bagi menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu, sekali gus mengalirkan semula “warna biru” di Kemaman.

“Setiap langkah yang saya ambil hari ini adalah untuk memberi balik apa yang saya peroleh dan dapat daripada Kemaman selama ini dan saya masuk tadi ibaratkan satu medan untuk saya perang balik dalam bentuk yang lain.

“Dengan medan yang baik ini kita mengurus dengan baik, tidak mustahil kita akan alirkan warna biru di Kemaman,” katanya kepada media selepas menghantar borang pencalonan PRK Kemaman di sini hari ini.

Membesar di Kemaman yang menjadi kampung halamannya, Raja Mohamed Affandi berkata, beliau membuat keputusan bertanding demi untuk menabur bakti semula kepada penduduk di Parlimen berkenaan.

Sementara itu, calon Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika ditemui berkata, beliau menghormati pengalaman serta khidmat yang telah dicurahkan saingannya sebagai bekas Panglima Angkatan Tentera.

“Saya menghormati peranan beliau sebelum ini sebagai Panglima Angkatan Tentera dan setiap calon yang bertanding kita hormat sebagai rakan yang bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata tidak timbul isu mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar untuk bertanding pada PRK itu memandangkan ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang demokrasi di negara ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Nov ini sebagai tarikh mengundi awal, manakala 2 Dis bagi hari mengundi untuk PRK berkenaan yang perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15. – SETERUSNYA

@ulekmayang.com ANTARA JASA JENERAL (B) TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI DI KEMAMAN #calonBN #PRKKemaman ♬ original sound – ulekmayang.com

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Â