🎦 “Rasa macam kuda lari atas rumah” – Mangsa ribut Klebang Jaya

IPOH — “Saya laung azan tiga kali, rasa macam kuda lari atas rumah,” kata Ismail Daud, 65, menceritakan kejadian ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumahnya dalam kejadian di Klebang Jaya, di sini petang tadi.

Menurut pesara tentera itu ketika kejadian kira-kira 4.15 petang 8/11/2023, dia sedang tidur di ruang tamu rumah manakala isteri dan dua anaknya sedang berehat.

“Saya tersedar apabila siling rumah tiba-tiba jatuh dan air hujan masuk rumah, serentak itu bumbung rumah dari dapur dan bilik sehingga ruang tamu diterbangkan angin ribut satu persatu,” katanya ketika ditemui di rumahnya malam ini.

Katanya ribut dan angin kuat yang berlangsung kira-kira 20 minit itu turut menerbangkan bumbung rumah jiran dan menarik tiang serta wayar elektrik di kawasan tersebut.

Ia membuatkan dia gerun dan melaungkan azan tiga kali.

BACA juga: [VIDEO] Hujan lebat beserta ribut rosakkan beberapa premis sekitar Kota Bharu

“Sebaik azan yang ketiga ribut mula berhenti, saya bersyukur kerana tiada ahli keluarga atau sesiapa yang cedera,” katanya.

Ismail yang telah menetap 22 tahun di Taman Klebang Jaya berkata sebelum ini ribut pernah berlaku sebanyak dua kali namun kejadian hari ini adalah yang terburuk.

Seorang lagi mangsa D.Thanivel, 66, berkata ketika kejadian dia dan keluarga tiada di rumah kerana melawat ahli keluarga yang sakit di sebuah hospital di Ipoh.

“Ada jiran memberitahu saya bumbung rumah saya diterbangkan ribut, air masuk ke rumah menyebabkan saya bergegas pulang.

“Bila sampai saya lihat bumbung ruang tamu dan dua daripada tiga bilik telah terbang dan siling rumah juga runtuh,” katanya yang tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan seorang anaknya.

Sementara itu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan 47 rumah di Taman Klebang Jaya terjejas akibat kejadian ribut berkenaan susulan hujan lebat selama lebih dua jam.

Kenyataan itu berkata anggota dan ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk membuat penilaian risiko.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN