Hilang Pulau Perhentian: Telefon bimbit Suraidah, anak rosak terkena air

BESUT – Empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini sejak Sabtu lalu didapati telah keluar dari pulau peranginan pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, siasatan awal mendapati Suraidah Abdul Ghani, 52, anak lelaki dan dua cucunya telah mendaftar keluar dari sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil pada pukul 8 pagi, Ahad lalu (1/102023).

“Semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan Proton Saga yang dinaiki keluarga itu dikesan telah bergerak keluar dari pekan Kuala Besut menuju ke Jambatan Seberang Kastam di sini pada pukul 10.06 pagi, 1 Oktober lalu.

“Berdasarkan makluman daripada pengendali bot yang membawa mereka, keluarga tersebut dikatakan merancang untuk menyambung percutian di Batu Burok, Kuala Terengganu selepas itu,” katanya.

Abdul Rozak berkata, pengendali bot memberitahu, telefon bimbit milik Suraidah dan anak lelakinya, Mohamad Aiman Mohd. Rafee, 21, tidak berfungsi akibat terkena air sewaktu bercuti di Pulau Perhentian.

Beliau memberitahu bot dinaiki Suraida dan tiga ahli sekeluarganya didapati telah tiba di Jeti Kuala Besut pada pukul 9 pagi, Ahad lalu.

“Begitupun, mereka masih gagal dihubungi dan dikesan setakat ini. Siasatan masih diteruskan untuk mengesan kesemua mangsa,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial tentang kerisauan ahli keluarga Suraidah setelah tiada berita tentang wanita itu, anaknya, Mohamad Aiman serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani, Mohd. Saiful, 4, sejak Sabtu lalu.

Mereka dikatakan tiba di daerah ini dari Kluang dengan menaiki kereta Proton Saga berwarna biru pada Jumaat lalu.

Baca berita sebelumnya: 4 sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN