PRK Pulai & Simpang Jeram: Jangan terjebak kempen ‘tidak keluar mengundi’ – Ahmad Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan PRK Simpang Jeram supaya tidak terjebak dengan kempen ‘tidak keluar mengundi’ pada 9 September ini.

Pengundi juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak pembangkang yang memainkan isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.

“Dari segi kebolehmenangan, tentunya kita harap pengundi UMNO yang kita kenali sebagai pegundi putih, (supaya) jangan terjebak dengan kempen termasuk penghuluran yang dipanggil sebagai ‘sedekah’ untuk tidak keluar mengundi.

“Mari kita sama-sama untuk keluar mengundi, kita ketepikan perbezaan parti yang terdapat dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika ditemui media dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Simpang Jeram Mini Ekspo Pendidikan Latihan Teknikal dan Vaksional (TVET) dan Keusahawanan Desa di Dataran Cenderwasih di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH) iaitu Ir. Nazri Abdul Rahman.

Dalam pada itu, beliau yakin Nazri mampu menjamin kebajikan penduduk di Simpang Jeram.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana Nazri yang pernah berkhidmat sebagai jurutera di Majlis Perbandaran Muar telah banyak berjasa dan menabur bakti kepada penduduk di Muar, termasuk di Simpang Jeram selama ini.

“Saudara Nazri, seorang jurutera, seorang ahli profesional, yang sekarang ini sedang menyelesaikan doktor falsafah atau PHD, adalah seorang individu yang terlibat dalam Majlis Perbandaran Muar, beliau banyak membantu orang Muar, khususnya orang Simpang Jeram

“Saya yakin kalau beliau diberikan kesempatan, apabila beliau menjadi ADUN, bukan sekadar akan membantu menteri besar, (tetapi) saya yakin keutamaan beliau adalah untuk rakyat di Simpang Jeram.

“Rugi sekali rakyat di Simpang Jeram ini, jika tidak memilih beliau sebagai ADUN (pada) 9 September ini,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Tambah beliau, kestabilan politik adalah formula utama untuk kerajaan mengarap kemajuan di sesebuah kawasan dewan undangan negeri, sekali gus terus memperkukuhkan hubungan dengan kerajaan negeri.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Â