[VIDEO] Nahas N28JV: Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Polis mengesahkan enam mayat nahas pesawat ringan di persiaran Elmina, sudah ditemui setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata satu daripada mayat itu ditemui lengkap iaitu penunggang motosikal, manakala lima lagi mayat ditemui tidak sempurna berkemungkinan penumpang, kru pesawat dan pemandu sebuah kereta.

“Setakat ini, enam mayat sudah ditemui dan pencarian membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar.

“Dalam kapal terbang, ada lapan orang, satu pemandu kereta dan motosikal. Pemandu kereta ini kita tidak tahu sama ada pemandu e-hailing (Grab) dan adakah penumpang dalam kereta itu.

“Kita sedang menghubungi waris terdekat tetapi tiada siapa menjawab telefon,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Razarudin berkata, pasukan pencarian akan mencari semua mayat terlebih dulu, manakala kotak hitam akan diuruskan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Beliau berkata, pengambilan Asid Deoksiribonukleik (DNA) waris mangsa akan dilakukan di Balai Polis Klang, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

“Operasi ini akan dilakukan berterusan 24 jam sehingga semua mayat nahas ditemui,” katanya.

Dalam insiden pada jam 2.50 petang tadi, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina, berdekatan Lebuhraya Gutrie dekat sini.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Dalam tragedi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan berada dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN