[VIDEO] “Datuk” dan dua anak didakwa sebabkan kematian lelaki warga India

Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” dan dua anaknya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga India yang mayatnya ditemukan di dalam guni, awal bulan ini.

V. Nanta Kumar, 51, serta dua anak lelakinya Miren Ram, 24, dan Krithik Ram, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mereka didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas mencederakan kerani kewangan A. Vinayagamoorthy, 41, sehingga menyebabkan kematian mangsa di tapak besi buruk di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pada 1.30 tengah hari, 4 Ogos lepas.

Tiga beranak itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memohon kepada mahkamah supaya tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh.

Peguam Datuk Suraj Singh bagaimanapun memohon supaya jaminan dibenarkan atas alasan ketiga-tiga anak guamnya mempunyai masalah kesihatan serta menanggung keluarga.

“Saya mohon mahkamah membenarkan jaminan dan tidak membantah sekiranya mahkamah mengenakan syarat tambahan iaitu pasport tiga anak guam saya diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berdekatan.

“Walaupun kesalahan ini tidak boleh dijamin, mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan,” katanya yang turut dibantu peguam Kailash Sharma.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di balai polis berdekatan dan menetapkan 19 Sept ini untuk sebutan kes.

Sebelum ini dilaporkan mayat seorang lelaki ditemukan di lokasi kejadian dipercayai dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam satu guni plastik berwarna putih.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN