Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL dijel 4 tahun, denda RM1 juta

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd. Salleh atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM200,000 berhubung permit kerja.

Hakim K. Muniandy menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu terhadap Sabudin, 62, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskannya daripada kedua-dua pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan pertuduhan kedua hukuman penjara jumlah yang sama. Kedua-dua hukuman itu diperintah berjalan secara serentak.

Sementara bagi hukuman denda mahkamah mengenakan jumlah sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua pertuduhan dan sekiranya tertuduh gagal membayar, dia boleh dipenjara selama empat tahun.

“Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara dan denda itu sehingga rayuan akhir didengar di Mahkamah Rayuan (Putrajaya) kelak,” kata Muniandy.

BACA juga:

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan selaku perayu diwakili Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Natrah Fareha Rahmat manakala peguam K. Theivaendran mewakili Sabudin selaku responden.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa memperoleh suapan RM200,000 daripada Wong May Kuan sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.

Kerja itu berkaitan `Cadangan Kerja-kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk DBKL Bagi Tahun 2018/2020 (2017/A214)’.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam kedai serbaneka di sebuah stesen minyak, di Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabangsa di sini dan di hadapan kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, masing-masing pada 9 Jun 2018 dan 17 Januari 2019.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Sesyen pada 15 September 2022 yang melepas dan membebaskan Sabudin, daripada dua pertuduhan rasuah, di akhir kes pembelaan.

Sebelum ini, Hakim Muniandy dalam mensabitkan Sabudin terhadap kedua-dua pertuduhan itu berkata, mahkamah berpuas hati hakim Mahkamah Sesyen melakukan kesilapan ketika melepas dan membebaskan tertuduh di akhir kes pembelaan.

Pada hemat beliau, hakim bicara terkhilaf ketika menerima pembelaan Sabudin bahawa beliau tidak mengenali mahupun pernah bertemu dengan saksi utama pendakwaan, May Kuan (subkontraktor kepada Dusari Niaga) yang namanya disebut dalam pertuduhan sedangkan May Kuan pernah menghadiri majlis pernikahan anak lelakinya.

Ujar beliau, meskipun SP3 memberi rasuah RM200,000 kepada Sabudin, ia dibuat atas permintaan tertuduh sebagai balasan mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN