Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024

Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang KaliGenting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata setakat ini kemajuan projek pembaikan berkenaan berjalan lancar sebelum kerja-kerja secara fizikal bermula.

“Selepas kejadian itu (tragedi tanah runtuh), kami terus buat kajian dengan konsultan dan cadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada cerun yang runtuh. Projek ini telah diluluskan pada Mei 2023 dan kami telah buat lantikan (kontraktor) serta dijangka siap Mac 2024.

“Kerja-kerja pembaikan adalah secara reka dan bina. Kontraktor dalam fasa akhir untuk muktamadkan reka bentuk ‘TerraLink wall system’. Kerja-kerja pembaikan fizikal dijangka bermula pada akhir Ogos 2023,” katanya dalam temu bual eksklusif.

Katanya kerajaan Selangor memperuntukkan kira-kira RM19 juta bagi proses pembaikan cerun dan laluan tersebut.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang masih menunggu ulasan daripada kerajaan Selangor, beliau berkata di peringkat negeri, pihaknya sedang menunggu laporan jawatankuasa siasatan kejadian tanah runtuh yang dilaksana dan diurusetiakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

“Laporan itu kini di peringkat draf akhir bagi pemakluman punca-punca kejadian dan cadangan tindakan yang perlu dilaksanakan,” katanya.

Izham berkata buat masa ini hanya satu lorong sahaja dibuka dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands.

Menurutnya lagi, beliau akan membuat lawatan di tapak projek berkenaan pada minggu hadapan bagi melihat kemajuan.

Tragedi 16 Dis 2022, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan tersebut.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â