[VIDEO] Tahanan lari dari IPD Dang Wangi diberkas semula selepas 4 jam

KUALA LUMPUR -Tindakan seorang tahanan lelaki melarikan diri dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi semalam berjaya diberkas semula dalam tempoh empat jam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tahanan berusia 45 tahun itu melarikan diri sekitar pukul 9.40 pagi semasa hendak dibawa menaiki lori polis.

Katanya, ketika itu kenderaan tersebut dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bagi proses pertuduhan berkaitan kes Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagaimanapun, suspek terbabit diberkas sekitar pukul 1.50 tengah hari di Jinjang.

“Bayangkan di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur ini adalah amat sukar untuk kita (polis) mengesan dan menangkap semula suspek ini namun berbekalkan kelebihan yang ada, suspek dapat ditahan dalam tempoh empat jam selepas dia melarikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur.

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya juga turut menjalankan siasatan terhadap enam anggota polis yang terbabit dalam penugasan menguruskan suspek terbabit dari IPD Dang Wangi ke mahkamah.

“Kita sedang meneliti sama ada kejadian ini disebabkan kelalaian oleh anggota polis atau kelicikan suspek sehingga dia berjaya melarikan diri.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan selepas itu kami akan menimbang tindakan yang bakal diambil oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap anggota polis terbabit sekiranya didapati mereka cuai atau lalai.

“Saya juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan terhadap langkah Polis Daerah Dang Wangi yang segera bertindak pantas menjalankan Operasi Cari (Op Cari) sehingga berjaya menahan semula suspek,” katanya.

Terdahulu tular dua video di aplikasi Telegram atas akaun Edisi Siasat, yang memaparkan suspek terbabit melarikan diri dengan memanjat pagar belakang IPD Dang Wangi, pagi semalam.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN