[VIDEO] PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai

Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi,” katanya ketika sesi temu bual eksklusif bersama Bernama.

Mengambil kira semua faktor terbabit, Amirudin berkata agihan tersebut adalah munasabah dan diterima baik kedua-dua parti.

Sebelum ini, BN dilaporkan menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 14 kerusi dalam PRN, mengambil kira kedudukan PH yang memenangi 16 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lepas.

Pada PRU 2018, BN menang empat kerusi DUN iaitu Sungai Air Tawar, Sungai Burong, Sungai Panjang dan Hulu Bernam sebelum merampas kerusi Semenyih daripada PH dalam pilihan raya kecil pada 2019.

Berhubung calon bakal ditampilkan PH, Amirudin berkata senarai tersebut masih diteliti dan perlukan beberapa lagi siri perbincangan di peringkat negeri sebelum calon dengan kriteria boleh menang dan berupaya mengekalkan momentum perkhidmatan wakil-wakil rakyat PH sepanjang mentadbir negeri dimuktamadkan.

Beliau memberi jamin selain mengekalkan penyandang kerusi, PH juga akan memperkenalkan beberapa calon muka baharu meliputi perwakilan wanita, pemuda, ahli politik serta golongan profesional.

“Sebagaimana yang sering saya sebut, kita akan cuba seimbangkan antara calon-calon yang telah lama menyumbang kepada kawasan atau lokaliti diwakili dan dalam masa sama turut memperkenalkan wajah-wajah baharu sebagai satu gabungan utuh untuk kesinambungan pentadbiran PH di Selangor,” katanya.

Selangor mempunyai 3,747,057 pengundi dan akan mengadakan PRN serentak dengan lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan.

Pada PRU-14, PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 kerusi, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.

Kedudukan kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH mempunyai 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas, manakala kerusi Batang Kali diisytiharkan kosong pada Februari lepas setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.

BACA juga:
Pilihan Raya Negeri 20023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023