[VIDEO] Bekas penuntut kolej Nur Izzati Adi, 26, erlepas hukuman mati sebabkan kematian bayi dalam tandas

Seorang bekas penuntut kolej di Bukit Kayu Hitam, Kedah, menangis sejurus dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini, hari ini selepas menjalani hukuman penjara atas kesalahan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan dalam tandas kolej itu, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Mohamed Zaini Mazlan secara sebulat suara mengarahkan Nur Izzati Adi, 26, yang sebelum ini dijatuhi hukuman sembilan tahun penjara dibebaskan serta-merta dan meminta warden Jabatan Penjara membuka gari wanita itu bagi membolehkan wanita berkenaan dibebaskan.

“Saya beri arahan kepada pihak penjara supaya membuka garinya serta-merta supaya perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada,” kata Hakim Hadhariah.

Nur Izzati dilihat menyapu air matanya dan selepas dibawa keluar dari kamar mahkamah oleh beberapa pegawai penjara, wanita itu yang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena, Kedah dilihat berpelukan dengan ahli keluarga yang hadir mengikuti prosiding rayuan itu.

Terdahulu, keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan dan peguam Nur Izzati sebagai perayu bersetuju supaya sabitan dikenakan di bawah Seksyen 309A Kanun Keseksaan berbanding Seksyen 302 KK sebelum ini yang memperuntukkan hukuman gantung.

“Perayu disabitkan di bawah Seksyen 309A KK yang boleh dihukum di bawah Seksyen 309B KK (hukuman penjara maksimum 20 tahun) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun dari tarikh tangkap, 30 Mac 2017,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 14 Jun 2020 menjatuhkan hukuman mati terhadap wanita berkenaan selepas didapati bersalah kerana membunuh bayi lelaki, namun diperintahkan menjalani hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan.

Pada 10 April 2017, bekas penuntut kolej itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki di tandas kolej, pada 30 Mac tahun sama.

Tertuduh, Nur Izzati, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Fadrina Zulkhairi, namun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, Nur Izzati didakwa menyebabkan kematian ke atas seorang bayi dengan tekupan atau kelemasan di tandas perempuan aras tiga Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam jam 5.20 petang pada 30 Mac 2017.

Terdahulu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Mokhzani Faris Mokhtar, berkata peguam Izzati menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 11 April lalu, sebelum pihaknya menawarkan pendakwaan kes itu di bawah Seksyen 309A KK yang boleh dihukum di bawah Seksyen 309B KK.

“Saya percaya pihak peguam sudah berbincang dengan keluarga (Nur Izzati) dan mereka bersetuju untuk menerima tawaran balas berkenaan,” katanya.

Susulan itu, peguam bela Nur Izzati, Datuk Amirul Ridzuan Hanif, mengesahkan mengenai persetujuan berkenaan.

“Benar, setelah berbincang dengan perayu (Nur Izzati) dan keluarganya, mereka bersetuju terima tawaran itu.

“Kami mencadangkan hukuman yang sesuai penjara selama sembilan tahun bermula tarikh tangkap 30 Mac 2017. Itu adalah cadangan pihak perayu demi menyelesaikan kes pada hari ini,” katanya.

Mohammed Mokhzani Faris tidak membantah cadangan berkenaan.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN