Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois

Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dalam invois dituntut syarikat itu daripada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), enam tahun lepas. 

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Azirah Kamaruddin, 37, yang mengaku bersalah menerima wang tunai tersebut daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya selaku pembantu tadbir perkeranian dan operasi.

Ibu lima anak itu didakwa melakukan kesalahan di Maybank Desa Jaya, Kepong, di sini, pada 21 April 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh menerima pertolongan daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan bagi menaikkan jumlah peserta Bengkel Akta Pengurusan Strata anjuran KPKT di Langkawi, Kedah daripada 34 orang kepada 85 peserta dalam invois syarikat tersebut.

Syarikat itu kemudian menerima bayaran daripada KPKT pada 12 April 2018, untuk perkhidmatan pembekalan makanan bagi bengkel itu dan tertuduh mengaku menerima RM4,797.50 daripada jumlah bayaran tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor tertuduh merupakan penjawat awam yang seharusnya menjaga nama baik sektor kerajaan.

Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Nurul Azirah memohon hukuman berbentuk denda ringan atas alasan anak guamnya perlu menjaga lima anak yang masih bersekolah dan anak bongsunya menghidap autisme.

“Anak guam saya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa akan datang. Tambahan pula tindakan disiplin di jabatannya sedang menunggu dan dia mungkin dibuang kerja. Mohon hukuman denda ringan,” kata peguam itu.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN