[Video] Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, berjaya mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini 18 Jun 2023.

Kejayaan di Velodrom Nasional di sini, turut membantu beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun beliau untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, meraih pingat emas ke-11 ACC pada Jumaat lepas, selepas ungguli acara pecut buat kali ketujuh, selepas kejayaan pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020.

Beliau turut pernah mencipta sensasi apabila meraih emas bagi kedua-dua acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara, Jepun, selain turut meraih perak acara pecut berpasukan edisi tersebut, manakala ini hanya kali ketiga meraih emas keirin (2008, 2015, 2023).

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga harus diberi pujian, kerana bersemangat kental untuk meneruskan perlumbaan selepas kemalangan pada separuh akhir, untuk bangkit meraih gangsa acara berkenaan.

Pingat perak menjadi milik juara Piala Negara-Negara UCI di Cairo, Mesir, Shinji Nakano, manakala juara bertahan Kohei Terasaki menamatkan saingan di tempat keempat.

Bercakap kepada pemberita selepas kejayaan itu, juara dunia keirin 2017 itu yang menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022, berkata bukan mudah untuk mengulangi kejayaan emas berganda ACC, kerana persaingan di Asia kini sudah meningkat.

“Apabila saya mendapat undian bermula dari tempat ketujuh pada final, ia bukan permulaan yang baik. Namun, saya kekal fokus dan terus pergi ke depan apabila perlumbaan bermula kerana tahu akan berdepan saingan sengit dari pelumba Jepun.

“Saya kekal dalam kelompok depan, lihat tiada pelumba lain yang mahu pergi ke depan. Jadi apabila memasuki pusingan terakhir, saya terus memecut sehingga garisan penamat, memastikan tayar saya pertama melintasi garisan.

“Ini mungkin ACC terakhir buat saya, dan bukan sesuatu yang mudah untuk ulangi kejayaan berganda, kerana persaingan di Asia sekarang dah hampir sama macam peringkat dunia. Saya harap dapat kekalkan prestasi ini, tingkatkan sedikit lagi sebelum Kejohanan Dunia, tiga minggu lagi (di Glasgow, Scotland),” katanya.

Terdahulu pada saingan separuh akhir, Mohd Azizulhasni mara ke final selepas menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Ota Kaiya.

Shah Firdaus pula, berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan berkumpulan ketika saingan separuh akhir kedua berbaki satu pusingan, dengan hanya Terasaki sahaja yang berjaya terselamat daripada pelanggaran itu.

Namun, semangat kental pelumba berusia 27 tahun itu harus dipuji apabila beliau bangkit untuk menamatkan perlumbaan, walaupun mengalami kecederaan di bahagian pinggul dan pelana basikalnya patah ketika kemalangan tersebut, untuk melayakkan diri ke final.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN