[VIDEO] Tuntutan Sulu: Tindakan undang-undang terhadap pihak bersekongkol

Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang memberikan sebarang sokongan, bantuan atau bersekongkol dengan penuntut kumpulan Sulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj.

“Kerajaan Malaysia juga akan terus membantah sebarang bentuk pembiayaan oleh pihak ketiga, yang menyokong penyalahgunaan proses yang telah dimulakan oleh pihak yang membuat tuntutan,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai tuntutan daripada lapan warga Filipina yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu terhadap kerajaan Malaysia pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, perkara itu melibatkan soal kepentingan dan kedaulatan Malaysia, Sabah dan rakyat Malaysia keseluruhannya, justeru Kerajaan Malaysia akan terus mara dan berjuang habis-habisan demi memelihara dan melindungi kepentingan dan kedaulatan negara.

“Saya juga menyeru rakyat Malaysia berganding bahu dalam usaha Kerajaan Perpaduan Madani dalam menamatkan sama sekali, tuntutan Sulu yang tidak berasas ini,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, penuntut Sulu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan terhadap mereka.

Perdana Menteri menegaskan hasil daripada usaha giat tersebut, Kerajaan Malaysia pada 6 Jun lepas telah menerima satu lagi berita baik apabila Mahkamah Rayuan Perancis membuat keputusan membatalkan Perintah Pelaksanaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Paris pada 29 September 2021 yang mengiktiraf Preliminary Award yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020.

Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan Perancis itu satu kejayaan penting dan signifikan bagi Malaysia sekali gus membuktikan kesungguhan serta ketegasan Kerajaan Malaysia dalam mendepani isu itu.

Perdana Menteri berkata, kesan keputusan tersebut ialah pihak yang membuat tuntutan tidak boleh bergantung kepada Preliminary Award yang dikeluarkan Stampa di Madrid, Sepanyol yang menyatakan bahawa Stampa mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan itu.

“Keputusan 6 Jun 2023 tersebut adalah muktamad dan mengikat. Mahkamah Rayuan Paris juga telah memutuskan supaya pihak yang membuat tuntutan membayar kos prosiding sebanyak EUR100,000 kepada Kerajaan Malaysia.

“Kerajaan akan meneruskan segala usaha dalam mempertahankan hak kedaulatan negara berkenaan dengan isu ini di semua bidang-bidang kuasa berkaitan termasuk di Belanda, Perancis, Luxembourg dan mana-mana bidang kuasa di mana award final tersebut ingin diiktiraf dan dikuatkuasakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sedang menunggu satu lagi keputusan penting di Mahkamah Rayuan Belanda berhubung permohonan kumpulan itu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award final di Belanda yang dijangka dikeluarkan pada 27 Jun ini.

Tegas Anwar, walaupun keputusan 6 Jun 2023 memihak kepada Malaysia, namun kerajaan mendapat maklumat bahawa kumpulan itu akan meneruskan taktik mereka untuk menguatkuasakan award final berkenaan di negara-negara lain.

“Ini merupakan suatu tindakan penyalahgunaan dan pelanggaran mekanisme mahupun proses mahkamah dan timbang tara yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pada sesi itu, beberapa Ahli Parlimen antaranya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN- Larut), bangun menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas usaha mempertahankan hak serta kedaulatan Malaysia.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN