[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak ada sebarang langkah menawarkan PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika ada yang mendakwa bertemu pemimpin atau lapisan kepemimpinan parti berkenaan, pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak pernah menganggapnya sebagai perjumpaan rasmi.

“Perkara berkenaan tidak pernah diperbincangkan secara rasmi dalam kalangan 9 pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak juga pernah dibincangkan dikalangan pengerusi gabungan parti.

“Jika ada pun yang mendakwa bertemu pemimpin atau lapisan kepemimpinan parti berkenaan itu kami tidak pernah menganggap sebagai satu perjumpaan rasmi dan tidak ada satu move (langkah) dibuat ke arah itu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini tidak ada parti dalam Kerajaan Perpaduan akan mempercayai PAS dan janji parti itu.

“Apapun dakwaan atau kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang perasan kononnya mereka sangat-sangat diperlukan, yang penting adalah mereka harus memperlihatkan dalam perbahasan di Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

“Atau perbahasan ketika akta tertentu dibentangkan atau dalam sidang akan datang sewaktu pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 atau pembentangan Belanjawan pada Oktober ini, buktikan dahulu,” katanya

Beliau secara peribadi turut memaklumkan sudah serik dengan PAS.

“Mereka (PAS ) sudah berkahwin secara mutaah dalam bidang politik ertinya kahwin sementara dan setakat ini tidak ada parti di kalangan kami yang percaya sebab mereka tidak mengotakan janji mereka, ikrar dan piagam yang sudah dipersetujukan bersama.

“Saya fikir buat sementara waktu ini kita lupakanlah soal itu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kestabilan politik yang sedang wujud di Malaysia didokong Kerajaan Perpaduan, tetap meraikan perbezaan pendapat.

“Ia mesti mempunyai tatasusila tangani perbezaan pendapat mengikut tasauf dan akhlak, kalau mereka (PAS) faham aspek berkenaan.

“Oleh yang demikian mana-mana agenda babitkan dasar atau pelaksanaan demi kepentingan negara, seharusnya mereka tidak cari titik perbezaan tapi titik persamaan demi kepentingan negara keseluruhannya,” katanya.

Sabtu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tawaran itu dibuat kerana PH khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

Semalam pula, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara sama dengan mendedahkan ada pihak menemui beliau mengemukakan tawaran itu.

Dalam pada itu ditanya mengenai kenyataan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, menyifatkan beliau “menggelupur” kerana bimbang kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, Ahmad Zahid secara sinis mengalu-alukan pendapat itu.

“Saya mengalu-alukan pendapat yang berdasarkan mimpi di siang hari. Saya beriltizam memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan yang ada,” katanya.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â