[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk memantau hantaran berkisarkan naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata menurut laporan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), orang politik menggunakan isu agama dan perkauman menerusi laman sosial untuk kepentingan politik.

“(Tindakan) ini mewujudkan perpecahan antara pengikut parti yang berbeza tetapi menjadi penganut agama yang sama. Saya harap KKD melalui MCMC harus memantau tulisan yang menjurus ke arah itu,” katanya dalam sidang media selepas sesi libat urus program Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bersama masyarakat, di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan hantaran berkisar naratif kaum dan agama yang menyinggung perasaan serta diskriminasi dicetuskan ahli politik, menguasai platform media sosial utama di negara ini ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

Ia antara analisis dan dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh CIJ dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam soal pembangunan sebuah negara, Ahmad Zahid berkata budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.

“Kita boleh berbeza pendapat dan kita raikan dengan akhlak yang baik,” katanya dan menambah Kerajaan Perpaduan komited memperkukuh keharmonian rakyat negara ini.

Mengulas tindakan pihak yang menggunakan naratif Islam terancam dan tergugat, Ahmad Zahid berkata komitmen Kerajaan Perpaduan dalam soal yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah tergugat.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sekali lagi menegaskan tidak ada sebarang langkah digerakkan pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk  menawarkan PAS menyertai kerajaan.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut dengan jelas semalam bahawa tidak ada sebarang keputusan, perbincangan atau orang dilantik merundingkan dan menjemput parti PAS untuk bersama dalam kerajaan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan bahawa ada beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi membuat tawaran menyertai Kerajaan Perpaduan, sama seperti yang didedahkan Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN