[VIDEO] Tragedi konvoi lima sahabat

  • Siasatan awal mendapati mangsa bersama empat rakan menunggang di lorong kiri dari arah Ayer Keroh

REMBAU: Konvoi motosikal lima sahabat berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 222.7 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) arah utara, berhampiran sempadan Alor Gajah – Rembau, di sini, pagi hari ini 21 Mei 2023.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, sebanyak lapan kenderaan terbabit dalam kemalangan berkenaan, termasuk tiga kereta.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, mangsa Muhammad Alif Danial Muhamad Zamri, 22, disahkan maut di lokasi kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama empat rakan menunggang di lorong kiri dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang, Negeri Sembilan.

“Sampai di tempat kejadian mangsa dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sisi sebelah kanan sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun ke arah sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran, mangsa dipercayai tercampak ke longkang bahagian kiri lebuh raya, manakala empat rakan penunggang yang mengekori rapat dikatakan hilang kawalan akibat cuba mengelak lalu terjatuh atas jalan.

“Pemandu Nissan Almera yang dilanggar berpusing dan berhenti di lorong kanan selepas perlanggaran pertama.

“Kemudian datang sebuah kereta jenis Toyota Yaris yang dipandu di lorong kanan cuba mengelak Nissan Almera yang berada laluannya namun di rempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu di lorong tengah, dari arah belakang,” katanya.

Hazri berkata, akibat kemalangan itu, mangsa pertama disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat.

“Penunggang kedua berusia 21 tahun mengalami patah kaki kiri manakala penunggang ketiga berusia 18 tahun patah lengan kanan dan kiri serta paha.

“Penunggang keempat berusia 20 tahun luka ringan pada kaki dan tangan manakala penunggang kelima berusia 19 tahun patah tangan kiri dan betis kiri. Masing-masing dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban,” katanya.

Katanya, tiga pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN