[VIDEO] Kerajaan kenal pasti keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan – Ahmad Zahid

Kerajaan menerusi Felcra Berhad sedang mengenal pasti keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan sebagai aktiviti agromakanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit.

“Saya telah tetapkan tanggungjawab baharu kepada Felcra untuk bantu kerajaan dan rakyat dengan menjadi sebuah agensi yang melakukan aktiviti pengeluaran bahan makanan selain membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mengurangkan import bahan makanan seperti beras daging, ayam dan telur.

“Kita bukan nak bersaing dengan pengeluar sedia ada tetapi sekadar kurangkan kos sara hidup dan untuk tentukan bahawa soal keterjaminan makanan ini tidak bermusim sama ada musim raya atau sebaliknya,” katanya.

VIDEO berkaitan:

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu, di sini hari ini, yang turut dihadiri, Pengerusi Felcra Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahmad Zahid berkata Felcra yang turut mempunyai entiti perniagaan lain akan terus dipantau beliau untuk mengembangkan lagi urus niaga agensi terbabit.

“Setakat ini, kita sudah memiliki 3,000 hektar estet padi di Perak dan sudah mengenal pasti sebanyak 12,000 hektar di Sarawak dan 6,000 hektar di Sabah untuk dijadikan estet padi,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai masalah bekalan air di Kelantan, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada negeri itu bermula tahun ini.

“Peruntukan itu akan dilakukan secara tata kelola dan terus, manakala dari segi operasi kita serahkan kepada Kementerian Kewangan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah berkaitan bekalan air untuk pengguna di Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â