Kereta api enjin stim konsep tradisional mula operasi Januari 2024

Kereta api enjin stim dengan hiasan dalaman koc penumpang berkonsep tradisional akan mula beroperasi pada Januari tahun depan, kata Ketua Pegawai Korporat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Mohamed Suhaimi Yaacob.

Beliau berkata inisiatif Tourism Heritage Steam Locomotive Train, yang merupakan kerjasama antara KTMB dan Great Leisure Sdn Bhd itu bertujuan menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati keindahan alam di sepanjang laluan kereta api.

“Ia bakal menjanjikan pengalaman unik kepada penumpang untuk menikmati keindahan lokasi tarikan pelancongan yang menarik di sepanjang laluan kereta api, khususnya di laluan hutan iaitu dari Gemas, Negeri Sembilan hingga ke Tumpat, Kelantan,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas majlis menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Kereta Api antara KTMB dan Great Leisure bagi kerjasama itu di sini hari ini, beliau berkata Kuala Lumpur dan Butterworth akan menjadi destinasi permulaan bagi perkhidmatan kereta api enjin stim itu sebelum meliputi destinasi lain.

VIDEO berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Urusan Great Leisure Datuk Dzulfadly Abdullah berkata hiasan dalaman koc penumpang itu menggunakan sepenuhnya hasil kerja tangan ukiran anak tempatan yang ketika ini telah siap kira-kira 70 peratus.

“Kerusi penumpang pula akan dipasang dengan rekaan yang diinspirasikan oleh syarikat tempatan mengikut konsep seniman P. Ramlee dan seniwati Saloma,” katanya.

Dzulfadly berkata penumpang bukan sahaja dapat menggunakan perkhidmatan itu sebagai mod pengangkutan ke destinasi pelancongan, malah boleh menjadikan kereta api berkenaan sebagai lokasi bagi mengadakan sebarang majlis termasuk majlis perkahwinan.

“Kita ada ‘open deck’ yang memang dikhaskan untuk majlis istimewa penumpang,” katanya.

Beliau berkata pihaknya ketika ini masih belum menetapkan harga bagi pakej penganjuran majlis namun menjanjikan ia pada kadar istimewa.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN