Kerajaan Perpaduan perlu pastikan pentadbiran kuat untuk stabilkan ekonomi – Anwar

Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan ketersediaan kepimpinan bagi memastikan pentadbiran hari ini kuat dan stabil, sekali gus mampu untuk menstabilkan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana sekiranya kerajaan tidak stabil dan pemacuan ekonomi tidak kukuh, nasib negara khususnya rakyat tidak akan terbela.

“Petang ini Pengerusi Geely, salah satu syarikat automobil kenderaan terbesar negara akan menemui saya dan kemudian akan mengumumkan peruntukan berpuluh bilion.. untuk jadikan Malaysia sebagai markas automobil di rantau ini.

“Sebelum ini kita tahu tentang syarikat Amazon Web Services (AWS) yang bersetuju jadikan Malaysia sebagai pangkalan, banyak negara mohon, Filipina, Indonesia dan lain-lain… semua mengharapkan AWS memilih negara mereka,” katanya.

VIDEO berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Aidilfitri pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia MADANI yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.

Anwar berkata keadaan itu disebabkan pelabur berkenaan yakin dengan kepimpinan, kestabilan dan masa depan negara, justeru penekanan kepada kestabilan politik perlu diberi perhatian utama.

“Menteri sebelum ini kata ini jasa mereka, saya tak nafikan ada yang cuba memujuk AWS, tapi mengapa mereka (AWS) hanya jawab setelah Kerajaan Perpaduan dibentuk dan stabil, dia datang sini,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata dua lagi pusat data akan diwujudkan dalam negara, sekali gus memberikan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Kita ada satu sistem dunia digital yang besar di Johor, satu lagi akan ditubuhkan di Cyberjaya dan satu belum lagi diputuskan yang akan diumumkan kemudian,” katanya.

Sementara itu, perdana menteri mencadangkan mana-mana pihak atau Ahli Parlimen yang merasakan mahu membuat undi tidak percaya terhadap kerajaan, boleh berbuat demikian pada persidangan Parlimen akan datang.

“Jika tidak riuh-rendah, bisik sana bisik sini, 126, 114, ini apa, dan saya berikan laluan. Dahulu mahu bawa usul tidak boleh kerana Perdana Menteri dahulu isytiharkan darurat dan kemudian gantung Parlimen.

“Perdana Menteri sekarang, saya tidak gantung Parlimen, tidak ada darurat, lawan di Parlimen, itu baru cara kita tadbir, sebab apa? Kita mahu matikan keluh-kesah soal kestabilan politik ini, supaya tumpu usaha membela nasib rakyat dan jaga kebajikan rakyat,” katanya.

Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir ke majlis berkenaan yang bermula 10 pagi hingga 4.30 petang dengan 52 reruai makanan disediakan untuk dinikmati, termasuk hidangan lemang daun lerek, rendang maman, apam Johol dan cendol.

BACA juga:
Keputusan Hajiji libatkan GRS dengan kerajaan perpaduan terbukti tepat, kata penganalisis
Deepavali simbolik muafakat, perkukuhkan perpaduan rakyat – Ahmad Zahid
Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi
Sukar untuk Dr M tubuh kerajaan perpaduan, kata penganalisis

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN