[VIDEO] Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan

ARAU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kebolehpasaran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ditingkatkan melebihi tahap semasa iaitu 90 peratus.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ketika ini terdapat 280 institusi TVET di bawah KKDW serta agensi kementerian itu dan ada antara bidang terlibat, termasuk berkaitan penyelenggaraan kapal terbang, telah mencapai 98.4 peratus tahap kebolehpasaran graduan.

“Inilah yang mahu kita buktikan kepada masyarakat bahawa pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui TVET khususnya di bawah KKDW akan memberikan keberhasilan yang baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW, di sini pada Rabu.

Ahmad Zahid berkata, permintaan terhadap graduan TVET kini terus meningkat, malah ada graduan yang memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding pekerja dalam bidang bukan teknikal dan kemahiran.

Beliau berkata, ramai teknokrat dari negara maju seperti Jerman, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat juga datang daripada bidang TVET.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, masyarakat perlu sedar mengenai kepentingan TVET dan ia tidak harus dijadikan pilihan kedua bagi para pelajar yang tidak memperoleh pencapaian baik dalam bidang akademik.

Tambah beliau, pelajar yang memasuki bidang TVET turut berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada diploma, ijazah dan doktor falsafah (PhD), bagi menambah kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â