Kucing kencing manis

“APABILA bercakap mengenai diabetes, orang akan bertanya benarkah kucing juga boleh mengalaminya? Jawapannya ya!,” tegas Doktor Veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali kepada penulis.

Ternyata penyakit yang sering menyerang manusia itu boleh berlaku kepada anak bulus anda! Malah, kos rawatannya juga bukan pada tahap ‘marhaen.’

Dr Salehatul Khuzaimah menjelaskan, kucing boleh menghidap penyakit itu apabila haiwan berkenaan mempunyai kegagalan organ pankreas untuk menghasilkan insulin bagi mengawal selia kandungan glukos dalam badan.

“Namun, punca berlaku diabetes dalam kalangan kucing bukan disebabkan faktor kerap makan makanan manis seperti manusia.

VIDEO berkaitan: https://youtu.be/Gmr4lVXmgK8

“Antaranya disebabkan faktor usia. Apabila kucing sudah tua, berkemungkinan sudah berlaku kegagalan organ yang tidak berfungsi dengan baik antaranya pankreas,” katanya.

Katanya lagi, apabila pankreas tidak dapat berfungsi dengan baik, sudah tentu proses menghasilkan insulin terganggu.

“Selain faktor usia, kucing obesiti berisiko tinggi untuk mendapat diabetes. Diabetes dalam kalangan kucing juga boleh berlaku tanpa diketahui sebabnya. Jadi, pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk haiwan kesayangan anda itu amat penting supaya kita dapat mengesan dan memberi rawatan awal,” katanya.

Katanya, sebaik-baiknya setiap pemilik kucing membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh kucing mereka sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Menerusi pemeriksaan secara menyeluruh ini kita akan mengambil sampel darah kucing kesayangan mereka untuk diuji di makmal.

“Menerusi ujian darah itu kita boleh tahu penyakit yang mungkin dihadapi kucing termasuk diabetes,” katanya.

Jelasnya lagi, menerusi ujian darah berkenaan, doktor boleh mengetahui glukos dalam darah tinggi atau berada pada tahap normal.

“Sekiranya tahap glukos dalam darah didapati tinggi, ia mempunyai kemungkinan kucing berkenaan mempunyai diabetes.

“Sebenarnya agak sukar untuk kita mengetahui di peringkat awal sama ada kucing kesayangan anda mempunyai diabetes atau tidak sekiranya hanya mempunyai pemantauan secara luaran,” katanya.

Menurut Dr Salehatul Khuzaimah, ini kerana simptom yang ditunjukkan kucing yang mempunyai masalah diabetes biasanya hampir sama dengan penyakit umum lain.

“Contohnya hilang selera makan, penurunan berat badan, kerap kencing dan sentiasa dahaga boleh disebabkan penyakit lain juga. Justeru, cara terbaik adalah dengan mengambil sampel darah untuk dinilai secara terperinci masalah kesihatannya,” katanya.

Katanya, antara rawatan yang diberikan kepada kucing yang menghidap diabetes adalah suntikan insulin setiap hari dan mengawal pemakanan mereka.

“Setiap hari kami memantau glukos dalam darah kucing berkenaan dan menyuntik insulin pada kadar yang sesuai.

“Kosnya juga setiap bulan boleh dianggarkan mencecah RM1,000 sebulan. Ada pemilik sanggup berbelanja besar bagi memastikan tahap kesihatan kucing mereka dalam keadaan baik walaupun sudah menghidap penyakit ini,” katanya.

Katanya, pemakanan juga memainkan peranan penting kerana setiap kucing memerlukan diet sesuai untuk memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik termasuk mengurangkan potensi menghidap diabetes.

“Setiap kucing perlu diberikan makanan sesuai dengan usia mereka. Kita boleh bahagikan kepada tiga kategori usia iaitu kucing yang masih ‘kanak-kanak’ berusia di bawah setahun, kucing yang muda berusia setahun hingga tujuh tahun ialah kucing dewasa dan melebihi tujuh tahun kucing yang sudah berusia,” katanya.

Katanya, kucing yang lebih berusia memerlukan diet protein lebih tinggi untuk meningkatkan imuniti kendiri dan tenaga melainkan jika ia mempunyai masalah kesihatan lain yang memerlukan perubahan diet sesuai dan seimbang mengikut keperluan kesihatannya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â