PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara berbasikal bukit (MTB).

Atlet wanita berusia 20-an itu yang membuat laporan polis pada semalam, mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri, semasa menjalani latihan bersama pasukan.

Abu Samah berkata susulan laporan polis dibuat, pihaknya telah mengambil tindakan serta merta menggantung jurulatih berkenaan, bagi membantu siasatan lanjut.

“Saya mengesahkan sememangnya terdapat laporan berkaitan seorang pelumba basikal wanita mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya, baru-baru ini.

“PKBM menyerahkan siasatan lanjut kepada polis dan dalam masa sama menggantung jurulatih itu bagi memberi ruang kepada jawatankuasa disiplin badan induk berbasikal negara, mendapatkan maklumat berkaitan kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Abu Samah berkata kejadian gangguan seksual itu ternyata mengejutkannya dan sama sekali tidak pernah terjadi dalam kem berbasikal negara sebelum ini.

“Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing.

“PKBM akan sentiasa memantau perkara ini dan turut menghulurkan bantuan kepada pelumba basikal terbabit, bagi mengelak mengalami trauma akibat gangguan seksual itu,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata badan induk sukan itu sama sekali tidak berkompromi di dalam hal keselamatan dan kebajikan atlet-atlet berbasikal kebangsaan, serta apa jua bentuk gangguan seksual ataupun tingkah laku terkandung dalam Kod Keselamatan Sukan.

“Sekiranya tuduhan tersebut didapati berasas, tindakan yang boleh diambil termasuklah penggantungan lesen dan penamatan kontrak perkhidmatan dan/atau pembatalan pelantikan ke pasukan berbasikal kebangsaan, sekiranya ada,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN