[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur

KUANTAN – Penduduk di Perkampungan Cenderawasih, Bukit setongkol, di sini terkejut apabila melihat kelibat seekor buaya tembaga kira-kira tiga meter sedang berjemur di dalam longkang besar, kira-kira jam 4 petang Selasa 14 Februari 2023.

Penduduk, Muhd Idlan Subhi, 39, berkata, pada tahun ini sahaja sudah tiga kali reptilia tersebut dilihat berada di tebing longkang besar, namun kali ini, saiznya agak besar sehingga menggerunkan penduduk setempat.

Menurutnya, walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana reptilia itu sering muncul di kawasan tersebut.

“Kita takut kerana budak-budak selalu bermain di sini dan buaya pula selalu kelihatan di kawasan berhampiran taman ini.

“Bimbang juga kalau tiba-tiba ada budak terjatuh, ia pasti boleh mengundang bahaya. Jadi kita merasakan perlu pemantauan daripada pihak berkaitan di kawasan ini,” ketika ditemui pada Selasa.

Peniaga, Mohd Azhar Mat Kassim, 46, pula berkata, dia mengetahui kehadiran buaya itu selepas dimaklumkan isterinya kira-kira jam 4 petang sebelum bergegas ke lokasi bagi melihat sendiri reptilia itu.

“Saya anggarkan buaya ini tiga meter panjang dan beratnya sekitar 200 hingga 250 kilogram. Ini kali pertama saya tengok buaya tembaga sebesar itu.

“Kalau sebelum ini, saiz buaya yang datang berjemur di tebing longkang itu kecil sahaja, tapi kali ini agak luar biasa

“Jadi, kami meminta pihak berkaitan meninjau keadaan di sini. Kita bimbang buaya bersaiz begini boleh beri ancaman kepada penduduk,” katanya.

Sementara itu, Nurhafieza Mohamad, 30, berkata, pertama kali dalam hidupnya melihat buaya muncul di kawasan terbabit.

“Perasaan takut itu ada, tetapi perasaan hendak tengok buaya membuatkan saya datang ke sini, malah sempat saya merakam video dan gambar,” ujarnya.

“Buaya sering kelihatan di tebing longkang besar ini kerana aliran air bersambung dengan Sungai Belat, tetapi pihak berkuasa juga perlu buat pemantauan,” jelasnya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN