Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

  • Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta.
  • Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari seberang.
  • Kebanyakan penternak takut nak bela ayam masa ini kerana tidak mahu berlaku lebihan.
  • Ayam besar-besar yang sepatutnya dihantar ke Singapura ‘sangkut’ di ladang.
  • Tuduhan wujud kartel sampai sekarang tidak di temui.

Seorang pemilik syarikat pembekal dan pembeli ayam khuatir masalah baharu akan muncul apabila sekatan eksport ditarik, akibat ketiadaan maklumat mengenai tempoh sekatan dan kelambatan kerajaan membuat keputusan.

Baharudin Ahmad di NB Poultry Processing Industries berkata, ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari seberang.

Katanya, sebelum ini penternak mengehadkan pengeluaran ayam untuk pasaran tempatan sahaja susulan sekatan eksport.

“Kebanyakan penternak takut nak bela ayam masa ini kerana tidak mahu berlaku lebihan,” katanya.

“Kerajaan terlalu lama tak beri jawapan. Nak sekat berapa bulan? Ayam besar-besar yang sepatutnya dihantar ke Singapura ‘sangkut’ di ladang.”

Syarikat Baharudin selaku “penyepadu” membekalkan anak ayam, dan makanan dan ubatan burung kepada penternak, serta membeli ayam matang daripada mereka.

Beliau menambah, pasaran tempatan dibanjiri ayam yang sebelum ini diternak untuk pasaran Singapura, serta ayam beku import.

Katanya, kelambatan kerajaan membuka sekatan eksport, selain membuka seluasnya kemasukan ayam beku dari luar, begitu memberi kesan kepada penternak.

“Kalau nak diambil kira ia akan rosakkan dan ‘bunuh’ penternak,” katanya.

Kerajaan menyekat eksport ayam bermula 1 Jun untuk mengukuhkan bekalan makanan dan menstabilkan harga makanan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dilaporkan sedang mengkaji semula sekatan eksport itu, ekoran permintaan daripada penternak dan lambakan bekalan ayam.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN