Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur

  • Ahli Parlimen Muar itu tidak mengikut prosedur selain mengakui terjebak dalam perkara itu sejak awal lagi.
  • Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM, Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan
  • Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata, sekiranya wang itu tidak diagihkan kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib, beliau takut duit berkenaan akan disita oleh SPRM.
  • Saksi itu berkata, beliau tidak akan mengeluarkan wang berkenaan seterusnya mengagihkan kepada kedua-dua individu itu sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq.

Seorang saksi dalam perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, hari ini, memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Ahli Parlimen Muar itu tidak mengikut prosedur selain mengakui terjebak dalam perkara itu sejak awal lagi.

Bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Rafiq Hakim Razali, 32, berkata, pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan untuk membolehkan wang itu dikeluarkan daripada bank pada 6 Mac 2020.

“Jika ingin membuat pengeluaran wang sepatutnya ada kertas kerja mengenai program (yang dijalankan) dan kertas kerja dibentangkan kepada Majlis Ketua Armada terdiri daripada Ketua Armada sendiri, Timbalan Ketua Armada, Penolong Setiausaha dan saya sendiri,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Saksi itu bersetuju dengan cadangan bahawa tindakan Syed Saddiq mengarahkan wang RM1 juta yang dikeluarkan itu ‘diclearkan’ kerana takut duit berkenaan disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah satu kesalahan.

“Ia salah, kerana ingin menyorokkan sesuatu daripada pihak berkuasa. Kalau benda tak salah, kenapa ini berlaku,” katanya.

Disoal lagi mengapa beliau masih mengagihkan wang berkenaan kepada Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan, Muhammad Daniel Kusari dan Muhammad Naqib Ab Rahim yang ketika itu ahli Bersatu atas arahan Syed Saddiq walaupun tahu ia satu kesalahan, saksi itu menjawab, “Sebab saya sudah terjebak dari awal, jadi saya teruskan.”

Wan Shaharuddin: Boleh kamu jelaskan maksud terjebak?

Rafiq Hakim: Pengeluaran wang ini salah dari awal lagi… memang dari awal tidak ikut prosedur yang sepatutnya.

Saksi pendakwaan ke-13 itu berkata, sekiranya wang itu tidak diagihkan kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib, beliau takut duit berkenaan akan disita oleh SPRM.

“Mungkin saya akan jadi saksi seterusnya untuk kes ini. Jadi, apabila SPRM sampai ke rumah saya, mungkin duit itu tidak ada di situ. Saya hanya mengikut arahan YB Syed Saddiq untuk mengagihkan wang itu kepada Muhammad Daniel dan Muhammad Naqib,” katanya.

Saksi itu berkata, beliau tidak akan mengeluarkan wang berkenaan seterusnya mengagihkan kepada kedua-dua individu itu sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq.

Rafiq Hakim dalam keterangan sebelum ini memberitahu, Syed Saddiq mengarahkan beliau supaya ‘clearkan’ wang RM1 juta dan sebanyak RM650,000 diagihkan kepada Muhammad Daniel dan RM250,000 kepada Muhammad Naqib manakala RM100,000 digunakan untuk program Armada atas arahan ahli politik itu.

Sementara itu, Rafiq Hakim bersetuju dengan cadangan peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Syed Saddiq bahawa tiada apa-apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan parti bahawa pengeluaran wang untuk tujuan program Armada memerlukan kertas kerja dan bersetuju tidak ada arahan undang-undang yang memerlukan kertas kerja pada masa itu.

Gobind: Menurut Perlembagaan Bersatu, apa yang perlu adalah penyata kira-kira atau akaun yang menunjukkan pengeluaran wang dan ia perlu dibentangkan pada akhir tahun kewangan. Itu yang diperlukan bukan?

Rafiq Hakim: Ya.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang juga hasil daripada aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â