Australia beri dos keempat vaksin COVID-19

SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Australia menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk berusia 65 tahun ke atas mulai bulan depan berikutan timbul pelbagai rantaian baharu Omicron.

Malah, kumpulan penasihat teratas mengenai vaksin turut meluluskan suntikan keempat untuk kumpulan rentan iaitu berusia lebih 65 tahun, orang asli lebih 50 tahun, lemah imun dan penghuni rumah jagaan.

Enam minggu lalu, negara lain termasuk Perancis, Jerman dan Sweden serta pihak berkuasa kesihatan di England mengesyorkan dos vaksin keempat bagi mereka yang paling terdedah termasuk warga emas.

Australia melaporkan kadar jangkitan harian lebih daripada 50,000 beberapa hari lalu iaitu kira-kira dua kali ganda berbanding bulan sebelum ini akibat peningkatan varian BA.2 Omicron.

Menteri Kesihatan, Greg Hunt, berkata dos tambahan akan diberikan mulai 4 April, dua bulan sebelum bermulanya musim sejuk Australia dan dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lebih awal.

“Dos penggalak ialah perlindungan terbaik terhadap kesan COVID paling teruk dan mungkin memberikan perlindungan berpanjangan.

“Pelancong yang tiba di Australia tidak perlu lagi mendapatkan bukti ujian negatif COVID-19 terlebih dulu apabila undang-undang kecemasan COVID-19 tamat tempoh 17 April.

“Bagaimanapun pelancong masih perlu divaksinasi dan memakai pelitup muka dalam penerbangan,” katanya.

Kumpulan penasihat teknikal mengenai imunisasi Australia, ATAGI, berkata Pfizer dan Moderna adalah vaksin pilihan untuk suntikan penggalak tambahan, namun belum ada bukti mencukupi mengenai manfaatnya.

Sementara itu, Ketua Program Biosekuriti di Institut Kirby Universiti NSW, Raina MacIntyre, mengalu-alukan mengenai dos keempat tetapi mengutamakan kepada yang berusia lebih 50 tahun.

MacIntyre menggalakkan penduduk Australia mendapatkan dos ketiga dan mereka yang layak, dos keempat.

“Ini bukan selesema kerana terdapat bukti besar kesan jangka panjang yang serius termasuk kerosakan otak, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan diabetes walaupun pada orang yang mengalami jangkitan ringan,” katanya.

Australia melaporkan sejumlah 3.93 juta jangkitan COVID-19 sejak wabak itu bermula dengan 5,824 kematian. – AFP

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Â