#PRNJohor: Ketua Srikandi PPBM Kota Tinggi keluar parti

KOTA TINGGI – Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Tinggi, Zaharah Kassim, 53, meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuat-kuasa serta merta.

Beliau yang juga ibu kepada mangsa gangguan seksual Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithanain turut memaklumkan perletakan jawatan itu turut melibatkan 30 lagi ahli PPBM Bahagian Kota Tinggi.

Zaharah berkata, keputusan keluar daripada parti itu juga turut dipengaruhi dengan kejadian menimpa anaknya selain sudah tidak percaya dengan kepimpinan ketua PPBM bahagiannya.

“Ada beberapa isu berkenaan perkara ini, tetapi apa yang boleh saya maklumkan adalah kerana kami sudah tidak percaya dengan Ketua Bahagian (Rasman) dan pimpinan PPBM.

“Di sini saya juga menegaskan tidak ada paksaan fitnah atau konspirasi politik daripada mana-mana pihak,” katanya pada sidang media di kediamannya di Taman Guru di sini, pada Sabtu.

Dalam sidang media berkenaan, Zaharah turut ditemani anaknya iaitu mangsa gangguan seksual itu, Nur Syafiqah Badsulhisham, 27, yang turut mengumumkan perletakan jawatan dan keluar daripada parti berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan Rasman dalam satu kenyataan menafikan tuduhan dirinya terlibat melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang juga ahli partinya.

Beliau yang juga Ketua PPBM Bahagian Kota Tinggi memaklumkan dakwaan wanita tersebut tidak benar sama sekali dan menyifatkannya sebagai satu konspirasi politik untuk mencemarkan reputasi beliau.

Dalam pada itu, Zaharah juga berasa kecewa sebagai ahli dan Ketua Srikandi PPBM kerana tidak dapat sebarang pembelaan daripada pucuk pimpinan negeri dan pusat berhubung kes membabitkan anaknya.

“Tiada pembelaan daripada parti, dia (Ketua Srikandi PPBM Pusat, Datuk Seri Rina Harun) ada hantar wakil untuk ambil tahu kes ini, tetapi hanya setakat itu, tiada apa berlaku selepas itu,” katanya.

BACA juga:

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023