Menjelang kedatangan Tahun Harimau, pelanggan terutama yang meraikan Tahun Baharu Cina akan merasai suasana FΓΊ (bertuah) sebaik tiba di pintu masuk pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, bermula hari ini hingga 13 Feb.
Dalam kenyataan hari ini Sunway Pyramid memaklumkanΒ tanglung dan struktur tradisional Cina dengan warna merah terang yang merupakan warna kemakmuranΒ akan memenuhi ruang Blue Concourse (LG2), selain dihiasi denganΒ karakter tulisan CinaΒ padaΒ struktur utama.
Menurut kenyataan ituΒ penyewa seperti Kiehlβs,Β Oppo, Oriental Noble danΒ Flower Market by Fleurs menawarkan promosi menarik sempena perayaan itu, sekali gus membolehkan pembeliΒ mendapatkan semua keperluan mereka di satu tempat.
βBagi menggalakkan perayaan itu diraikan secara selamat,Β Sunway Pyramid menggabungkan elemen digital dengan memberikan pelanggan pengalamanΒ istimewa membeli-belah daripada dalam talian kepada luar talian. MerekaΒ boleh mengimbas kod QR khasΒ untuk membuatΒ ucapan istimewa Tahun Baharu Cina bagiΒ dikongsi dengan ahli keluarga dan orangΒ yang tersayang.
βMemandangkan situasi sekarang mungkin tidak membolehkan setiap ahli keluarga berkumpul, ucapan yang cukup peribadi ini menjadi cara paling efektifΒ danΒ mendamaikan hati untuk pembeli-belah kekal berhubung pada musim perayaan ini,β menurut kenyataan itu.
Menurutnya selain berkongsi kegembiraan sempena perayaan ini, pembeli-belah yang berkongsi ucapan dan penerimanya akan diberikan ganjaran kod QR bagi menebus e-baucer daripada peniaga yang terlibat.
Ganjaran turut diberi kepadaΒ mereka yang membuat pembelian di pusat-belah tersebutΒ sepanjang kempen berlangsung,Β iaituΒ bagi yangΒ berbelanja minimum RM250 dalam dua resit berpeluang menebus set Angpau Wonder-Fu, manakala mereka yang berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam tiga resit boleh menebus kusyen Tahun Harimau oleh Disney.
— BERNAMA