PRN Sarawak: 666,000 anak muda tidak dapat mengundi

Pembatalan darurat di Sarawak menyebabkan seramai 666,000 anak muda tidak sempat untuk menjadi pengundi kali pertama di negeri tersebut.

Menurut kenyataan media Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), ini kerana pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran secara automatik dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.

“Bersih 2.0 kecewa dengan pembatalan proklamasi darurat Sarawak semalam (Rabu) yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam tempoh 60 hari memandangkan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) telah tamat pada 7 Jun 2021.

“Walaupun tempoh darurat Sarawak sehingga 2 Februari 2022, adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa pembatalan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perundingan bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk mencetuskan pilihan raya adalah satu perkiraan politik bagi menafikan pengundi muda,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan proklamasi darurat bagi Sarawak yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lepas.

Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, perkenan Seri Paduka Baginda terhadap penamatan proklamasi darurat itu selaras dengan Perkara 40 dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Bersih 2.0 berkata, tindakan yang cuba mendapatkan kelebihan politik oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kerajaan Persekutuan boleh memakan diri.

Katanya, ia apabila mereka terpaksa berhadapan dengan pengundi muda yang sama dalam masa kurang dua tahun semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi Persekutuan.

Dalam pada itu, Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membenarkan pengundi Sarawak di Semenanjung untuk mengundi tanpa perlu ‘terbang’ ke kawasan masing-masing.

“Ini hanya dapat dilaksanakan dengan mengkategorikan sebagai pengundi tidak hadir dan membenarkan undi awal di pusat pengundian berpusat, sekurang-kurangnya satu di setiap negeri di semenanjung.

“Kami juga menggesa Menteri Kesihatan untuk bekerjasama dengan SPR bagi membantu pengundian dan kempen secara selamat, berbanding mengambil langkah zalim melarang semua aktiviti pilihan raya secara fizikal sebagaimana yang berlaku di Melaka,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, SPR perlu secara proaktif memberikan jalan alternatif yang selamat untuk kempen pilihan raya kepada semua calon dan parti politik seperti mendapatkan semua media kerajaan supaya menyediakan masa siaran yang sama rata kepada semua calon dan parti politik.

“Ia untuk mengiklankan kempen politik di radio dan televisyen, menganjurkan debat calon Menteri Besar atau Ketua Menteri dan memastikan liputan berita yang sama rata kepada semua calon dan parti politik.

“Hal ini sangat mustahak terutama di kawasan pedalaman Sarawak di mana radio dan televisyen adalah sumber utama maklumat kepada rakyat,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) Menang bergaya

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023