Penarikan rayuan Malaysia terhadap Pulau Batu Puteh perlu disiasat – Najib

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan isu penarikan rayuan Malaysia terhadap Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) perlu disiasat.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, negara memperolehi sekurang-kurangnya tiga penemuan baharu berhubung kawasan berkenaan, sekali gus menyebabkan Kabinet ketika itu membuat keputusan agar rayuan Pulau Batu Puteh dilakukan.

“Saya amat terkilan mengapa Perdana Menteri ketujuh membatalkan rayuan kita ke ICJ, kononnya kita kena terima keputusan ICJ secara muktamad tetapi ada klausa dalam Statute ICJ iaitu kalau ada fakta baharu atau ‘new evidence’, kita boleh buat rayuan.

“Yang menjadi pelik seribu kali pelik, dua minggu sebelum rayuan ICJ, kabinet semasa Perdana Menteri ketujuh pengerusikan tarik balik rayuan ke ICJ. Kita dah kalah, apa salahnya kita teruskan, boleh jadi kita menang, siapa tahu?

“Singapura pun terkejut kita buat keputusan itu, kita pun tak faham dan jawapannya kita mesti tahu,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat, semalam.

Najib berkata isu kedaulatan negara tidak boleh dikompromi, justeru sekiranya kemenangan berpihak kepada Malaysia akan membela kedaulatan negara.

Pada 3 Feb 2017, kerajaan Malaysia memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan ICJ pada 23 Mei 2008 yang memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

Malaysia memfailkan permohonan semakan itu bersandarkan tiga dokumen yang baru didedahkan oleh United Kingdom.

Dokumen terbabit merupakan surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan insiden yang difailkan pada 1958 oleh pegawai tentera laut British dan peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun-tahun 1960-an.

Pada 16 Feb 2017, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang merupakan Peguam Negara ketika itu berkata beliau akan mengetuai pasukan pakar yang mengendalikan semakan itu di ICJ, di Hague, Belanda.

Bagaimanapun pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan itu sebelum kes itu dijadual didengar pada 11 Jun 2018 di ICJ.

Pada 9 Okt lepas pula, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasukan petugas khas akan diwujudkan bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen bersesuaian dengan mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa bagi membuat semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

Menurut Ismail Sabri, petugas khas itu bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh itu.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN