Malaysia ikat Thailand untuk sahkan tiket ke Piala Asia B-23

Malaysia melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2022 di Uzbekistan, selepas mengikat Thailand seri tanpa jaringan di Stadium Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) di Ulaanbaatar, Mongolia, hari ini.

Keputusan seri pada aksi kelayakan Kumpulan J itu, sudah cukup untuk pasukan negara mengesahkan tiket ke kejohanan tersebut sebagai juara kumpulan berbekalkan tujuh mata.

Malaysia sebelum ini mencatatkan kemenangan tipis 1-0, masing-masing ke atas Laos pada Isnin lepas dan Mongolia (Khamis), iaitu kedua-dua gol itu disumbangkan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar.

Thailand yang turun selaku pasukan pilihan, menduduki tempat kedua kumpulan dengan lima mata selepas hanya seri 1-1 menentang Mongolia sebelum menewaskan Laos 3-0.

Laluan Thailand ke kejohanan tersebut dijangka sukar memandangkan empat naib juara kumpulan terbaik sahaja akan dipilih.

Sementara itu, pada perlawanan pagi tadi yang berlangsung dalam cuaca sejuk mencecah 2 darjah Celcius, kedua-dua pasukan dilihat kebal dan saling berbalas serangan.

Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan negara yang dapat mematahkan kesemua serangan Thailand, sehingga memaksa Ketua Jurulatihnya Worrawoot Srimaka melakukan dua pertukaran sebelum minit ke-25 perlawanan.

Skuad kendalian Brad Maloney meraih peluang pertama pada minit ke-17, namun rembatan jarak jauh Ahmad Zikri Khalili itu melepasi palang, manakala sepakan percuma kapten Muhammad Mukhairi Ajmal pada minit ke-31, tersasar ke kanan penjaga gol Thailand, Kiettipon Udom.

Pada minit ke-37, penyerang sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin melakukan umpanan cantik kepada Azhad Harraz Arman, tetapi percubaan mereka tidak tepat selepas digasak benteng pertahanan lawan, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan gagal memecah kebentuan setakat separuh masa pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Malaysia hampir membuka jaringan pada minit ke-62, bagaimanapun tandukkan deras Harith Haiqal Adam hasil daripada sepakan sudut, dinafikan palang gol.

Thailand kemudian menukar corak perlawanan yang menghasilkan beberapa serangan berbahaya, termasuklah tandukan Jaturapat Sattham yang hanya sedikit terlepas daripada gawang pada minit ke-70.

Skuad negara juga dikejutkan pada minit ke-85, apabila Korawich Tasa, yang terlepas daripada kawalan pemain pertahanan negara melepaskan rembatan namun berjaya diselamatkan penjaga gawang Malaysia, Muhammad Azri Ghani.

Sejak edisi sulung pada 2013 dan empat kali dianjurkan, Malaysia hanya pernah layak sekali pada edisi 2018 di China yang menyaksikan skuad negara mara sehingga pusingan suku akhir sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan.

Sebanyak 16 pasukan akan beraksi di pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 yang dijadualkan pada 1–19 Jun depan di Uzbekistan.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN