Program Penjana, KPT-CAP bantu siswazah UPSI penuhi kehendak industri

TANJONG MALIM  — Siswazah yang menyertai program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) yang julung kali diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, bakal memenuhi kriteria yang dikehendaki industri.

Pengarah Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPSI Dr Sharul Effendy Janudin berkata program yang bermula semalam hingga 29 Okt dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan The Ship Campus itu adalah bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran siswazah yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Penempatan pekerjaan yang terjamin dan latihan disusun bagi memenuhi kehendak syarikat tersebut iaitu peserta akan diberi latihan bagi melahirkan pekerja yang kompeten dan berketerampilan.

“Bagi yang mengikuti program ini, syarikat mesti menawarkan pekerjaan kerana projek ini adalah kategori ditempatkan dan dilatih yakni kita telah membuat perjanjian dengan syarikat terlibat semasa permohonan dilakukan dan mesti disokong dengan LOC (surat komitmen),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sharul Effendy berkata UPSI telah menerima dana sebanyak RM79,000 daripada KPT dan berharap 15 siswazah yang menyertai program ini dapat membuktikan bahawa mereka memenuhi kehendak industri sekali gus menambah ilmu sedia ada.

“Ini adalah hasil inisiatif Jabatan Komunikasi dan Media, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI menerusi Program MyFuture Media Specialist,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyasarkan seramai 20,000 siswazah dijangka menerima manfaat melalui program Penjana KPT-CAP tersebut.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN