Tabung Haji: Penjelasan Marzuk di Parlimen bukti segala dakwaan sekadar tohmahan – Azhari

Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary di Dewan Rakyat semalam menjelaskan segala-galanya kepada masyarakat umum berkaitan tohmahan serta dakwaan ‘mencuri’ wang lembaga Tabung Haji sebelum ini.

Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata perkembangan berkenaan juga menunjukkan tuduhan terhadap Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang sebelum ini Pengerusi Tabung Haji (TH) lebih bersifat politik dan bukannya suatu realiti.

“Hari ini kita dikejutkan dengan berita, tiada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak berhubung dakwaan ‘mencuri’ wang Lembaga Tabung Haji setakat ini. Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyebut ia termasuk dakwaan siasatan yang dikatakan dibuat terhadap bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Katanya setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak atas tuduhan mencuri wang TH termasuklah terhadap Abdul Azeez yang sering kedengaran.

“Ahmad Marzuk membuat kenyataan tersebut ketika menjawab soalan tambahan Abdul Azeez (BN-Baling) mengenai pembukaan kertas siasatan berhubung pelbagai dakwaan dan pertuduhan membabitkan penyelewengan yang berlaku di TH.  Untuk rekod, Abdul Azeez dilantik sebagai Pengerusi TH pada tahun 2013 sebelum meletak jawatan beberapa hari selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Azhari seterusnya mengharapkan agar Malaysia bebas daripada fitnah yang telah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak stabil beberapa tahun lalu dan hentikan fitnah yang merosakkan negara serta kredibiliti pemimpin yang ikhlas berjuang.

“Nah, satu lagi pembohongan telah dijelaskan, diharap tiada lagi kata-kata sinis terhadap Abdul Azeez selepas ini. Ini membuktikan tuduhan terhadap Abdul Azeez lebih bersifat politik dan bukannya suatu realiti. Semoga Malaysia bebas daripada fitnah yang telah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak stabil beberapa tahun lalu,” tambahnya.

Memetik laporan, semalam di Dewan Rakyat Ahmad Marzuk memaklumkan tiada sebarang kertas siasatan dibuka oleh pihak berkuasa ke atas mana-mana individu atas dakwaan ‘mencuri’ wang Lembaga Tabung Haji.

Beliau berkata ia termasuk dakwaan kononnya siasatan dibuat ke atas Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).

“Setakat ini tidak ada sebarang kertas siasatan dibuka ke atas mana-mana pihak atas tuduhan mencuri wang TH termasuklah Yang Berhormat Baling yang sering kedengaran,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Azeez sama ada wujud kertas siasatan yang dibuka bagi menyiasat pelbagai dakwaan dan pertuduhan membabitkan penyelewengan yang berlaku di TH.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN