Lelaki miliki 12 rekod lampau maut ditetak

“Pemeriksaan di lokasi menjumpai parang yang digunakan dalam kejadian itu. Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

IPOH: Seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod lampau ditemukan mati dengan beberapa kesan tetakan pada badan di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam yang mahu memikat burung di kawasan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dengan pergelangan tangan kanan hampir putus.

Lelaki yang tidak bekerja itu mempunyai 12 rekod lampau termasuk berkaitan dua kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan beberapa kes jenayah lain.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan pertengkaran antara si mati dengan sekumpulan lelaki.

Katanya, pergaduhan antara mereka dikatakan berpunca apabila lelaki itu tidak berpuas hati selepas adiknya ditahan bagi satu kes di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

“Pada 11 November lalu, berlaku kes cubaan membunuh seorang lelaki yang mana polis menahan tujuh individu dengan dua daripadanya telah dituduh di mahkamah.

“Berikutan kes itu, si mati dipercayai tidak berpuas hati kerana adiknya dikaitkan dalam kejadian tersebut dan ke lokasi kejadian iaitu sebuah pondok yang dijadikan port menghisap dadah.

“Si mati juga adalah orang dikehendaki oleh polis. Dia memang antara sasaran kita untuk ditahan bagi kes sebelum ini (Seksyen 307 Kanun Keseksaan) namun dia menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurut beliau, pertengkaran antara si mati dan kumpulan terbabit menyebabkan dia diserang dengan parang sepanjang 60 sentimeter.

Katanya, si mati dipercayai cuba melarikan diri namun rebah kira-kira 30 meter dari pondok tersebut.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.30 petang semalam berdasarkan keadaan mayatnya semasa dijumpai dan mangsa cedera parah dengan beberapa kesan tetakan di belakang badan dan tangan.

“Pemeriksaan di lokasi menjumpai parang yang digunakan dalam kejadian itu. Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, beberapa suspek dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN