PM Thailand sangkal khabar angin rombakan Kabinet, pembubaran Parlimen

BANGKOK — Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha yang menghadapi perbahasan undi tidak percaya di Parlimen menafikan desas-desus bahawa beliau didesak oleh kumpulan anggota Parlimen tertentu untuk merombak kabinetnya dan membubarkan Dewan Perwakilan.

Prayuth yang mengambil alih kuasa dalam kudeta tentera pada 2014 dan kemudian dilantik sebagai perdana menteri selepas pilihan raya 2019 mengatakan beliau akan terus berkhidmat hingga penggal empat tahunnya tamat pada 2023.

“Tidak akan ada pembubaran Dewan. Kami bekerja keras untuk menangani isu-isu penting. Tidak ada sebab mengapa saya harus membubarkan Dewan.

“Ia tidak terlintas dalam fikiran saya. Siapa pun yang membincangkannya harus berhati-hati, jika tujuan mereka untuk menimbulkan kekacauan semasa perbahasan atau apapun,” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Sementara itu, Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan hari ini mengatakan tidak ada rombakan kabinet atau pembubaran Dewan, dan berita dan maklumat berkaitan perkara itu sama sekali tidak berasas.

Beliau meminta masyarakat untuk menaruh kepercayaan kepada kerajaan dan perdana menteri yang komited sepenuhnya dalam memimpin negara dan rakyat keluar daripada krisis COVID-19.

Parti pembangkang Thailand pada Isnin memulakan perbahasan undi tidak percaya terhdap perdana menteri dan lima menteri kabinet atas alasan kerajaan lemah dalam menangani penularan COVID-19 dalam negara.

Menteri kabinet yang menjadi sasaran ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul, Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob, Menteri Pertanian Chalermchai Sri-on, Menteri Sumber Manusia Suchart Chomklin dan Menteri Ekonomi dan Masyarakat Digital Chaiwat Thanakamanusorn.

Prayuth, yang juga Menteri Pertahanan diramalkan dapat mengatasi undi tidak percaya yang dijadualkan pada Sabtu dengan sokongan parti-parti gabungan.

Ini perbahasan tidak percaya ketiga terhadap kerajaan Prayuth sejak dipilih pada Julai 2019.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN