Malaysia dijangka ke fasa endemik COVID-19 Oktober ini

Malaysia dijangka memasuki fasa endemik COVID-19 pada Oktober selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini mendapat vaksin pada bulan Oktober ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun, masyarakat perlu menerima hakikat untuk hidup bersama virus itu meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19.

Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Keong.

Khairy berkata walaupun negara memasuki fasa endemik, rakyat masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melakukan kawalan kendiri kerana langkah itu akan membolehkan pelbagai sektor dalam negara dibuka manakala kehidupan rakyat berfungsi seperti sedia kala dalam norma baharu.

Beliau berkata kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah untuk memudahkan SOP sedia ada supaya tidak terlalu banyak, rumit serta jelas agar rakyat dapat mengamalkannya apabila negara memasuki fasa endemik.

“Ini konsisten dengan pendekatan negara yang sudah pun beralih dari pembendungan menyeluruh kepada fasa endemik dan satu norma baharu diperkenal untuk kita hidup secara selamat serta sihat walaupun virus ini masih lagi berada dalam kalangan kita,” katanya.

Khairy juga berkata walaupun kerajaan akan mengumumkan SOP yang dipermudah namun tiada rancangan untuk melonggarkan pemakaian wajib pelitup muka.

“Pemakaian wajib pelitup muka itu akan diteruskan. Kita sudah melihat pengalaman di negara lain yang menyaksikan mereka telah melonggarkan pemakaian wajib pelitup muka mereka namun dengan adanya varian baharu, mereka terpaksa memperkenalkan semula pemakaian wajib pelitup muka mereka.

“Di Malaysia, kita akan mengamalkan pendekatan yang berhati-hati dan kita kekal dengan pemakaian pelitup muka,” katanya.

Khairy berkata Kementerian Kesihatan akan meneruskan amalan kuarantin kendiri di rumah dan turut menasihati mereka yang diperintah menjalani kuarantin di rumah agar sentiasa peka dengan perkembangan kesihatan sendiri.

“Sekiranya dikesan positif COVID-19, kekal di rumah melainkan perlukan rawatan perubatan kecemasan.

“Apabila beralih ke fasa endemik, sangat penting (kita) ambil tanggungjawab kendiri ke atas kuarantin di rumah. Kalau tidak dapat patuh segala syarat untuk kuarantin di rumah dan kawalan kendiri, kita tidak akan dapat hidup bersama virus ini dengan selamat,” katanya.

Endemik merujuk kepada kejadian kes penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu pada kadar rendah dan stabil.

Di Malaysia, contoh penyakit endemik ialah demam denggi.

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN