PM ke-9: Persefahaman BN-PN lebih utuh, kata Ahli Parlimen Bersatu

Persefahaman antara Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) khususnya dari UMNO disifatkan lebih utuh, berbanding ketika menjadi kerajaan sebelum ini, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamarudin Jaffar.

Jelas beliau, perkara itu diterjemah menerusi persetujuan yang konsesus oleh Bersatu, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk menyokong BN, yang menamakan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Mengakui percakaran dan tiada kesefahaman antara parti menjadi punca kejatuhan PN, beliau berharap perkara sama tidak berulang sekiranya calon daripada BN dipilih sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Kali ini, UMNO diberikan amanah sepenuhnya sebagai calon Perdana Menteri dan PN seperti yang di umumkan Pengerusi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan menyokong secara bersyarat.

“Punca kejatuhan PN sebelum ini, harus dijadikan sebagai teladan supaya tidak terjadi lagi…jika terjadi lagi, saya risau akan memberi tekanan kepada rakyat dan seterusnya mereka akan menghukum (Ahli Parlimen) dalam PRU (pilihan raya umum) nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan secara maya dalam program ‘Malaysia Petang Ini: PN Kembali?’ terbitan Bernama TV yang disiarkan petang tadi.

Hari ini, Ahli Parlimen BN dan PN dipanggil ke Istana Negara, bagi mengesahkan akuan bersumpah yang menyatakan sokongan mereka kepada Ahli Parlimen yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pada 16 Ogos lepas, Muhyiddin secara rasmi melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan kini menjadi Perdana Menteri Sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Kamarudin yang juga Ahli Parlimen daripada Bersatu menjelaskan, syarat yang ditetapkan oleh PN iaitu Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik mesti terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah, mesti dipatuhi.

Katanya, syarat itu bagi memastikan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa diteruskan dan tidak melibatkan pentadbiran yang berpaksikan soal kepartian atau isu-isu peribadi semata-mata.

— BERNAMA

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

PAS uses UMDAP to attack UMNO

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

Terkini

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada Isu Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan RakyatDraft

Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN